| 0 comments ]


Alhamdulillah, sekali lagi kita harus mengucapkan syukur kerana Allah telah melanjutkan usia kita dan kalau diberi kesempatan oleh Allah, kita sama-sama akan menyambut kedatangan syahru Ramadhan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak yang dianugerah oleh Allah kepada ummat Muhammad s.a.w. Allah swt telah menetapkan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Al-Quranul karim sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud " bulan Ramadhan yang di turun oleh Allah taala Al-Quranul karim yang menjadi petunjuk kepada manusia yang membezakan dan menerangkan kepada manusia antara petunjuk dan juga hidayah dari Allah ". Bulan Ramadhan ini juga bagaimana Rasulullah bersama-sama dengan para sahabat, mereka menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan cara yang di ajar oleh Allah taala.

Apabila tibanya bulan Ramadhan, Allah subhanahu wataala menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini kelebihan-kelebihan yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang biasa. Sebab itu kita lihat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini menjadi rebutan dikalangan para sahabat, seperti peperangan Badar Al-Kubra yang berlaku pada 17 haribulan Ramadhan tahun yang ke-2 hijrah. Allah taala menggerakkan peristiwa Badar yang ganjil ini didalam bulan Ramadhan ketika ummat Islam berhadapan dengan ibadah puasa. Allah taala jadikan pertembungan yang ganjil yang terkandung didalamnya 1001 macam pengajaran kepada ummat Islam sehingga ke hari kiamat.
Didalam peristiwa Badar ini Allah taala menentukan hubungan yang unik diantara Rasulullah dengan Allah, diantara para sahabat dengan Allah taala. Apabila bala tentera yang bergerak, ummat Islam daripada Madinah menuju ke Badar. Golongan musyrikin dari Mekah Al-Mukarramah menuju ke Madinah Al-Munawwarah hingga sampai di Badar.

Akal manusia mengatakan Islam akan kalah, tidak mungkin Islam mencapai kemenangan. Di sudut jumlah bala tentera ,golongan musyrikin jauh lebih ramai daripada tentera Islam. 313 orang bertembung dengan jumlah 1000 orang yang lengkap dengan persenjataan. Para ulamak Islam mengatakan berkat bulan Ramadhan, permohonan daripada Nabi S.A.W dengan Allah taala di makbul oleh Allah, walaupun kita tahu doa daripada Rasulullah tidak ada hijab, tidak ada perantaraan diantara doa Rasulullah dengan Allah taala.
Apabila dua bala tentera ini bertembung, masing-masing melihat antara satu sama lain. Golongan musyrik nampak bala tentera Islam ini sedikit dan begitu juga bala tentera Islam melihat bala tentera musyrikin begitu ramai. Rasulullah walaupun Baginda nabi dan rasul tetapi Baginda manusia biasa, ada perasaan bimbang sekiranya Islam tewas didalam peperangan Badar ini nescaya agama Allah taala ini akan lenyap di atas muka bumi dan kita semua tidak akan jadi ummat Islam.

Rasulullah bermunajat kepada Allah, Rasulullah menyebut " wahai Allah sekiranya kamu binasakan bala tentera Badar pada hari ini ya Allah, nescaya tidak akan wujud manusia yang sujud kepadaMu di atas muka bumi ini ". Dengan hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah, Rasulullah yang yakin dengan kemenangan ini daripada Allah bukannya daripada manusia.Jika sekiranya kamu menolong Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.
Rasulullah turun ke Badar untuk menolong agama Allah walaupun pada peringkat awalnya Baginda ingin mengambil semula harta yang di rampas oleh masyarakat Quraisy hasil dari peninggalan ummat Islam di Makkah Al-Mukarramah. Tetapi penemuan ini berakhir dengan peperangan. Apabila Rasulullah menadah tangan memohon doa, Allah menerima doa daripada Rasulullah lalu di hantar para malaikat untuk memberi pertolongan kepada nabi Allah Muhammad Rasulullah S.A.W. Sebab itu bulan Ramadhan ini di panggil sebagai 'Syahru Nasr'(bulan kemenangan ummat Islam).

Dan pada tahun ini bagaimana kita lihat satu pengisytiharan yang di buat di Timur Tengah dikalangan pejuang-pejuang Islam, mereka mengisytiharkan bulan Ramadhan pada tahun ini sebagai '
Syahru Jihad' iaitu bulan jihad kepada ummat Islam untuk mengembalikan semula Daulah Islamiyah di atas muka bumi Allah. Pejuang-pejuang Islam yang memperjuangkan Islam secara bersungguh-sungguh, ramai dikalangan mereka yang gugur syahid. Mereka memperjuangkan agama Allah sehingga gugur syahid walaupun Allah belum lagi memberi kemenangan kepada ummat Islam. Tetapi tanda-tanda kemenangan ini sudah mula di lihat oleh ummat Islam seluruh dunia. Bagaimana masyarakat bukan Islam diseluruh dunia, mereka merasa bimbang dengan kebangkitan Islam. Mereka mula merasa takut, gerun, bagaimana ummat Islam apabila memperjuangkan agama mereka tidak takut kepada mati. Bahkan mereka bercita-cita untuk mati syahid. Mati di jalan Allah taala merupakan cita-cita yang paling tinggi kepada pejuang Islam.

Dan di antara peristiwa-peristiwa lain yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah:-

1) Rasulullah mengutuskan Saidina Ali ke Yaman untuk menyebarkan Islam pada tahun ke-10 hijrah.

2) Kewafatan Saidina Ali RA, pada tahun 40 hijrah.

3) Peperangan Al-Qudsiah menentang Farsi pada tahun 15 hijrah.

4) Pembukaan Andalus pada 28 Ramadhan tahun 92 hijrah.

5) Kemenangan tentera Islam yang dipimpin oleh Nuruddin Al-Zanki ke atas tentera salib pada tahun 599 hijrah.

6) Peperangan Ain Jalut yang dimenangi oleh tentera Islam pada tahun 658 hijrah / 3 September 1260 Masihi.

7) Kelahiran Alim 'allamah Badaruddin Abu Mahmud bin Ahmad Al-Aini, pengarang kitab Umdatul Qari Syarah Sahih Bukahri pada tahun 762 hijrah.


Oleh itu marilah sama-sama kita jadikan bulan Ramadhan pada tahun ini iaitulah bulan perubahan, bulan jihad kepada kita. Kita ubah kedudukan kita dari kurang baik kepada lebih baik, biar jadi lebih baik dan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai '
Syahru Jihad' iaitu kita bersungguh-sungguh untuk balik ke jalan Allah taala dan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan syariat Allah taala di atas muka bumi Allah taala ini insya-Allah...ameen.

Wallahu a'lam...syukran.

0 comments

Post a Comment