Wednesday, November 11, 2009

Ketika Cinta Bertasbih



“Jika saya punya anak gadis seperti Anna, lalu datang dua lelaki yang melamarnya, yang satu sangat serius belajar dan sedang menyelesaikan program masternya, sedangkan yang satu (belum lulus s1) dan sibuk berjualan tempe dan bakso, kira-kira yang mana yang akan saya pilih?” demikian petikan ucapan ustaz Mujab kepada Azzam.



Dialog ini salah satu yang paling membekas dalam diri saya setelah menonton filem ini. Tentunya tiap penonton akan membawa pulang kesan yang berbeza. Tapi bagi saya inilah salah satu realiti hidup sesungguhnya yang sebelumnya melakonkan watak yang melampau-lampau. Tapi pada saya inilah hakikat sebenar dalam dunia sebagai seorang pelajar.(hehe)



Jika kalian semua berada dalam posisi sebagai ibubapa Anna, siapakah yang akan anda pilih? Furqon yang akan segera menyandang status S2 atau Azzam yang sudah 9 tahun belum lulus s1 dan malah sibuk berniaga tempe dan bakso untuk menampung dirinya, ibunya dan adik-adiknya? Apakah ada hal-hal lain yang jadi pertimbangan juga atau itu sudah harga mati?Tentu andalah yang paling tahu jawapannya :)



Ketika Cinta Bertasbih (KCB), novel fenomenal karya Habib pada dasarnya menceritakan perjalanan seorang Azzam, mahasiswa University Al-Azhar Cairo yang ‘terpaksa’ melakoni hidup sebagai mahasiswa dan sebagai pengusaha (penjual tempe dan bakso) untuk memberikan kehidupankepada diri dan keluarganya di Indonesia semenjak Ayahnya meninggal dunia. Sebelum Ayah meninggal, Azam memiliki prestasi belajar yang amat cemerlang. Setelah ia membagi waktunya antara menjadi mahasiswa dan pengusaha tempe-bakso, mau tak mau dia harus tunggang langgang melakoni hidup sehingga setelah 9 tahun pun belum juga meraih gelar sarjana.



" Sekalipun cinta telahku uraikan, dan kejelaskan panjang lebar namun jika cintaku datangi aku jadi malu pada keteranganku sendiri meskipun lidahku telah mampu menguraikan namun tanpa lidah cinta ternyata lebih tenang sementara pena begitu saja menuliskannya. Kata-kata pecah berkeping-keping begitu sampai kepada cinta. Dalam menguraikan cinta akal terbaring tidak berdaya bagaikan keldai berbaring dalam lumpur. Cinta sendirilah yang menerangkan cinta dan pecinta.."



Latar belakang cerita ini juga banyak dilakonkan dibumi Mesir ini sendiri. Wajarlah ditonton oleh semua peringkat umur dan usia...Selamat Menonton. Nantikan episod seterusnya..



Read more...

Tuesday, November 10, 2009

Bai'ah talak: "Tiada dalam kepala saya"-Nik Aziz


KOTA BHARU, 10 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendakwa isu bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga, segaja ditimbulkan oleh pihak yang dengki kepada PAS.

Dalam satu sidang media di pejabat Menteri Besar Kelantan siang tadi, Nik Aziz memberitahu perkara itu tidak ada dalam pengetahuan beliau dan tidak pernah kedengaran di negeri itu.

“Benda ni tak ada dalam kepala saya, tidak ada bai’ah -bai’ah (talak tiga) ni, tidak ada bunyi khabar pun benda ni di Kelantan,” katanya.

Isu tersebut dakwanya dicetus pihak sekular anti Islam yang berusaha mencari jalan untuk menggugat kedudukan PAS.

PAS yang sedang berkembang menjadi sebuah parti Islam yang diterima semua kaum sudah pasti dicemburui oleh pihak lawan.

Yang ada ujarnya sekadar bai'ah biasa bagi menunjukkan taat setia seperti akujanji yang dilaksanakan terhadap kakitangan awam.

"Mana ada parti ke, kakitangan kerajaan ke yg tak buat bai'ah ni.....mcm aku janji lah, semua ada buat tapi tak sampailah bai'ah taklik," ujarnya lagi.

"Kita kahwin dengan orang pun ada tanda tangan, ijab qabul, qabul tu bai'ah lah," katanya.

PAS minggu ini dipalit pula dengan dakwaan melaksanakan bai'ah menceraikan isteri dengan talak tiga kepada wakil rakyat mereka sekiranya berhenti dan keluar daripada parti itu.

Selain Nik Aziz, setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini juga menafikan wujudnya bai'ah taklik tersebut dan beliau diberi tanggungjawab untuk menyiasat dakwaan terbaru itu.

Isu ini dikatakan mula tersebar selepas satu majlis dialog antara beberapa pimpinan PAS di Selangor dengan sembilan blogger.

Kemudianya pula mendapat respon dari muslimat PAS dan dilaporkan secara besar-besaran oleh akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.



Harakahdaily :10 Nov 2009

Read more...

Monday, November 9, 2009

Imam Syafie dan Imam Waqi'



Sedikit Kisah Berkaitan Imam Syafie dan Tok gurunya



Pada suatu hari, Imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal?”



Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”



Cerita ini popular dikalangan penuntut ilmu kerana padanya terletak kunci mencari ilmu.

Bagi mereka yang mengejar suatu yang dinamakan kejayaan, mereka akan berpegang kepada nasihat ini.



Imam Syafie dan Mesir



Mesir memberikan titik pembaharuan kepada pemikiran Imam Syafie.

Setelah berada di Mesir, banyak pendapat-pendapat atau fatwa-fatwanya yang terdahulu ditukar, sehingga bergelar Qaul Jadid (pendapat baru) .


Di Mesir, Imam Syafie banyak menghabiskan masanya mengajar di Masjid Amru Al-As.


Antara nasihat atau kata-kata Imam SYafie :

“Jika sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku (peganganku)”
(Sila rujuk Imam An-Nawawi dalam kitabnya “Al-Majmuk”, m/s 63 / 2).



” Setiap Hadith dari Nabi Salallahulaihiwasalam itulah sebenarnya pendapat aku cuma sahaja mungkin kamu tidak mendengarkannya dari aku.”
(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya ” Adabul Syafi’ie” m/s 93



Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Banyak negara pernah beliau jelajah dipelusuk tanah arab seperti Madinah, Baqhdad, Yaman dan Mesir, di mesir adalah tempat beliau akhir sekali meghembuskan nafas walaupun beliau tidak lama menetap di Mesir. Walaupun banyak rintangan dihadapi seperti mazhab syiah tetapi ajarannya tersebar seluruh dunia.

Penulis berharap kita dapat mengenal lebih rapat beliau kerana beliau salah satu mazbah termashur dikalangan 4 mazab yang lain dan mazhab paling khusus yang diguna pakai di Malaysia .

Wallahu'alam..

Read more...

Sunday, October 25, 2009

Kenyataan Media Presiden PAS

“Isu Dalaman Parti Islam SeMalaysia (PAS)”

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

PAS adalah merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya. Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini. Sehubungan dengan itu, saya meminta seluruh ahli dan kepimpinan PAS di pelbagai peringkat untuk bersabar dan bertenang dalam menghadapi persoalan dalaman parti pada waktu ini. Persoalan yang timbul ini tidak akan dapat diselesaikan menerusi penggunaan media massa dan media baru. Ianya perlu diselesaikan secara musyawarah dengan berpegang kepada budaya dan panduan yang menjadi pegangan PAS, sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaannya.

Saya juga sudah mengarahkan Dato’ Setiausaha Agung PAS untuk menentukan tarikh yang sesuai di waktu terdekat ini untuk diadakan satu mesyuarat bagi membincangkan persoalan yang timbul ini. Kita berdoa agar Allah SWT senantiasa memberikan taufik dan hidayah Nya kepada kita semua dalam usaha untuk merungkai permasalahan ini dan seterusnya memperkukuhkan parti.


Abdul Hadi Awang
Presiden Parti Islam SeMalaysia (PAS)

Read more...

Friday, October 16, 2009

Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul


Assalamualaikum kepada semua sahabat2. Moga-moga kita terus diberi kekuatan oleh Allah dalam mengatur setiap gerak geri dalam kehidupan agar selari dengan ajaran Islam sebenar. Dengan nikmat Islam dan Iman yang masih diberikan kepada kita, ianya akan menjadi satu tunjang kekuatan untuk kita terus bersama-sama memperjuangkan Islam dan menghabiskan sisa-sisa dalam baki kehidupan yang telalu singkat ini...

First, ingin saya kongsikan bersama-sama kalian tentang sebuah buku. Buku yang simple, tetapi terlalu banyak input dan mutiara beharga didalamnya. "Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul". Bersyukur saya ke hadrat Allah Taala kerana masih sayangkan hambanya ini. Hamba yang terlalu banyak leka dalam mengejar cinta sesama manusia. Ya Allah, aku bersyukur padaMu ya Allah. Terlalu banyak dosa dan kesalahanku selama ini. Aku ingin menggapai cintaMu, tetapi aku alpa dengan nikmat dan nafsu dunia. Alhamdulillah, Kau hadirkan padaku seorang pasangan yang mampu membawa diri ini ke jalanMu.

Kepada sahabat-sahabat yang membaca ruangan ini, sedarlah. Apa yang kita impikan sebenarnya?? Kasih dan sayang dari manusia dengan kita meminggirkan kasih dan redha Illahi...Insya-Allah moga-moga kita terus diberi taufik dan hidayah setelah tersesat dalam alam yang melekakan..Na'uzubillah.

p/s: Selepas baca novel ini, insya-Allah sama-sama kita perbaiki diri ke arah yang lebih baik..ameen. Terima kasih Kak Ha. Buku yang terlalu banyak mengajar erti Cinta Illahi sebelum Cinta makhluk..

Read more...

Monday, October 5, 2009

Tahniah dan Takziah


Salam perjuangan, tahniah dan takziah diucapkan kepada seluruh saf kepimpinan AJKT Keluarga Penuntut Terengganu Mesir diatas taklifan memegang tampuk kepimpinan KPT sesi 09/10. Harapan agar kalian dapat memberikan yang terbaik. Di doakan juga agar kalian dipermudahkan segala urusan oleh-NYa. Selamat berjuang. Tegakkan Amar Ma'ruf Nahi Mungkar.

Read more...

Thursday, October 1, 2009

Ahlan Wasahlan..



Pihak AJKT DPM [MAQAZ] Shoubra serta seluruh ahli

mengucapkan

Selamat Datang kepada semua mahasiswa baru yang selamat sampai di bumi Mesir, Shoubra Khususnya. Semoga kedatangan kalian akan menyerikan lagi susana ilmu di bumi bertuah ini..

Read more...

  © Free Blogger Templates Spain by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP