| 0 comments ]

COUPLE ?? Seringkali kita di dengarkan tentangnya..Betapa bosannya melihat isu yang sama diulang-umgkit saban tahun. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan pula kadang-kadang terasa merimaskan dan memanaskan hawa badan ustaz ustazah untuk menjawabnya.. Lebih merimaskan lagi apabila jawapan yang diberikan seolah-olah di-counter balik dengan persolan yang lain, seumpama kisah dalam surah Al-Baqarah , lembu betina dengan kaum nabi Musa AS.

Seimbas lalu, apabila saya melihat jawapan-jawapan ustaz ustazah, semuanya mengatakan haram dengan illah maksiat yang akan dibuat oleh couple tersebut. Kemudian akan di-counter dengan persoalan: "Macam mana kalau kitorang tak keluar dating langsung dengan ustaz" ? Kalau keluar pun jaraknya dua batu atau kiteorang couple just mesej je.Kemudian akan ada jawapan : "Itu semua zina hati". Elakkan!!


COUPLE ISLAMIK

Bercouple sebenarnya oubertujuan ke arah perkahwinan, bukannya ke arah nafsu. Tiada maknanya percouplelan yang tidak mencapai matlamat ke jinjang pelamin.

Ia bermula apabila si lelaki yang mengalami kekurangan kasih sayangbertanya kepada si perempuan, "Nak jadi awek saya tak?" Lalu jawabnya si perempuan , "Nak".

Tapi saya mengesyorkan supaya soalan tadi diubah sedikit kepada versi kedua, "Nak jadi isteri saya tak?" ataupun "Dengan nama Allah, aku melamarmu menjadi isteriku".

Kalau si perempuan cakap tak nak, tak payah bercouple, senang cerita, lama-lama perasaan cinta tu akan hilang dengan sendirinya. "

Idea itu memang gila. Klau macam tu, sampai tua la aku kena rijek."
"Rilek beb.Itulah cara lelaki sejati. Kalau ada jodoh tak ke mana. Takkan lari gunung di kejar".

Bagaimana kalau si perempuan cakap nak? Kalau macam tu, perkenalkan dekat keluarga, kemudian terus akad nikah. Segala hubungan jadi halalan toyyiba, ikut suka nak buat apa. Tak tinggal sebumbung pun tak mengapa, buat macam biasa. Asalkan ada komitmen dari kedua-dua belah pihak.

Selepas habis belajar, buatlah majlis persandingan ala-ala 'Wedding of the Year'.


Kena cekup dekat mana-mana pun siapa nak halang. "Kalau kita kata kami dah kahwin wahai encik pencegah maksiat?"Tapi dalam masa yang sama , masih lagi tinggal di rumah ibu bapa masing-masing, pergi ke kolej, dll dsb.

Salah ke kaedah ini?


Dalam dunia ini ada dua jalan, samaada halal atau haram. Soal halal wa haram inilah yang patut kita utamakan dahulu. Persoalan-persoalan lain seperti nafkah, kewangan , pelajaran anak semua itu nombor dua.

Yang penting adalah adanya hubungan yang halal dahulu.
Akan tetapi, kalau difikirkan dari sudut pandangan lain, perkahwinan awal ini sebenarnya adalah satu pengalaman untuk mendidik kedua-duanya agar komited dengan ikatan janji, juga sebagai persediaan sebelum menghadapi kehidupan berumah tangga sebenar.

PENUTUP

Ingatlah bahawa Nabi Muhammad S.A.W juga pernah mengahwini Aisyah Abu Bakar As-Siddiq sewaktu umurnya sembilan tahun. Ynag pentingnya, komitmen daripada kedua-dua belah pihak adalah penentu kejayaan couple islamik ini.

Nasihat: Jangan biarkan diri anda diselubungi dengan cinta, couple dsb kalau belum bersedia. Ianya hanya akan menyeksa jiwa. Wallahu'alam.


| 0 comments ]



Dalam fatrah cuti kuliah ni, aku selalu tidur lewat. biasanya dalam pukul 1/2 pagi. susah sangat nak tido. selalunya aku akan borak-borak, main internet, tak pun ngaji quran..emm. Satu malam, tengokla rancangan bicara mufti, rasa tertarik dengar mufti 2 cerita pasal ummu sulaim. kalau boleh nak kongsi sama-sama. Cerita simple, tapi ada pengajaran. ini kisahnya:-

Ummu Sulaim ada seorang anak lelaki. Suatu hari, puteranya telah meninggal dunia. Saat anaknya meninggal dunia, suaminya (Abu Talhah) tiada di rumah kerana bermusafir. Lalu, Ummu Sulaim letak puteranya di satu sudut rumah. Ummu Sulaim tidak tahu macam mana hendak terangkan kepada suaminya perihal kematian anaknya. (mungkin takut melihat reaksi suaminya kalau tidak dapat menerima hakikat)

Apabila Abu Talhah pulang dari musafir, Ummu Sulaim myambutnya dengan berpakain cantik-cantik dan menyediakan makanan. mereka makan bersama. Ketika itulah Abu Talhah tanya pasal anknya.

"bagaimanakah dengan keadaan anak kita??" (lebih kurangla~)

lalu Ummu Sulaim menjawab.

" ALHAMDULILLAH.... dia tenang...juga menyenangkan aku..(lebih kurangla~)"

Abu Talhah tidak menyedari apa-apa kerana percaya dengan kata-kata isterinya. Mungkin memang tenang kerana anaknya sebelum ini sakit-sakit. (bila dah meninggal, tenang...macam tula..)

Malam itu mereka bermesra-mesra. Dan saat itu juga Ummu Sulaim bercerita tentang jirannya yang marah-marah kepada orang yang meminta barang yang telah dipinjamkan kepada jirannya.(faham kan?). Lalu Abu Talhah, cakap yang perbuatan tersebut x bagusla..x patutla... Lantas Ummu Sulaim menceritakan keadaan yang sebenar hal kematian anak lelakinya.. Dan Abu talhah bersabar dan dapat menerimnya kerana dia sedar, segala apa yang dimiliki di dunia ini, semuanya adalah pinjaman dari ALLAH..

Berkat kesabaran dan keredhaann mereka dgn takdir ALLAH, dikhabarkan selepas itu, mereka telah dikurniakan 7 orang anak yang sihat-sihat, soleh dan penghafaz Al-Qur'an. Subhanallah!

Walaupun cerita simple, sebenanrnya banyak pengajaran yang kita boleh ambil. Contohnya, macam mana nak khabarkan sesuatu musibah kepada seseorang dengan cara yangg berhikmah dan boleh diterima, tanpa lari daripada mengingati ALLAH.. seterusnya, kita kena sedar segala apa yang ada pada kita sekarang dan akan datang, semuanya milik ALLAH. tak kisahla nikmat kecerdikan misalnya, ataupun kekayaan dan lain-lain, bila ALLAH nak tarik balik nikmat, kita kena terima. Xde hak sebenarnya kita nak persoalkan... dan sewajarnya kita bersyukur dengan apa yang ada walaupun sikit. Dan kita kena yakin yang ALLAH akan balas dengan sesuatu yg lebih baik, apabila dia ambil sesuatu dari kita.

Harap dengan cerita simple ni, kita sama-sama dapat ambil pengajaran..

| 0 comments ]


Memperingati 40 Tahun Masjid Al-Aqsa di Bakar

Adakah Masjid Al-Aqsa pernah terbakar? Barangkali ramai akan bertanya soalan sama. Di Negara kita ini, gerak kerja dan usaha untuk menyedarkan umat Islam berhubung kesucian Masjid Al-Aqsa dan kepentingan kota Al-Quds masih agak ‘perlahan’ berbanding Negara-negara dunia Islam yang lain.

Justeru, siri penghinaan dan penodaan terhadap kesucian Al-Aqsa Al-Mubarak kurang mendapat perhatian berbanding isu-isu lain yang lebih sensasi.

Cuba bayangkan sekiranya berlaku penjajahan di Negara kita, lalu masjid Negara atau masjid Jamek secara tiba-tiba diserang dan dibakar. Adakah kita akan hanya melihat dan berpeluk tubuh? Tidak! Sudah tentu kita akan mempertahankannya dengan darah dan nyawa.

Masjid adalah lambang maruah umat Islam, di mana di situlah mereka memperdengarkan laungan azan dan umat akan menyahutnya dengan mendirikan solat berjemaah. Ia sebagai simbol kesatuan dan kekuatan umat Islam.

Apabila masjid mereka diceroboh dan dihina, maka maruah mereka juga telah diinjak dan dipijak-pijak. Namun, apakah sama nilainya Majid Negara, Masjid Jamek Kuala Lumpur, Masjid Putrajaya, Masjid Shah Alam, Masjid Wilayah Persekutuan, Masjid Al-Syakirin KLCC atau mana-mana sahaja masjid di Negara ini malah di atas muka bumi ini jika hendak dibandingkan dengan kemulian dan kesucian MasjidilHaram, Masjid Nabawi dan Masjid Al-Aqsa?

Kesucian Masjid Al-Aqsa sudah jelas melalui Surah al-Israk, ayat 1. Ia juga ditegaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadis yang sahih:

“Janganlah mempersiapkan diri untuk bermusafir melainkan ke tiga masjid, Masjid al-Haram, Masjid Rasul dan Masjid Al-Aqsa.


Sekiranya masjid-masjid di Negara ini sanggup untuk kita pertahankan kehormatannya, maka sudah tentu ketiga-tiga masjid yang dinyatakan dalam hadis tersebut lebih utama lagi kedudukannya. Kita tidak dapat membayangkan sekiranya MasjidilHaram ditakluki dan dikotori. Kita juga tidak rela Masjid Nabawi dicerobohi dan dinajisi. Maka atas dasar apa kita berdiam selama lebih 41 tahun penaklukan kota Al-Quds pada 7 Jun 1967 yang membawa kepada peristiwa pembakaran Masjid Al-Aqsa pada 21 Ogos 1969 dan lawatan kontroversi Ariel Sharon memasuki dataran Masjid Al-Aqsa pada 28 September 2000 dengan 600 tentera siap bersenjata dan lebih 3000 orang Yahudi untuk mengelilingi tempat suci itu.

Kejadian tersebut meningkatkan kemarahan umum sehingga berlaku intifada(kebangkitan) rakyat palestin yang sehingga ke hari ini api perjuangan dan penentangan mereka masih belum dapat dipadam. Rakyat Palestin sudah cukup terseksa dengan pembunuhan dan kekejaman zionis saban hari.

Kematian sudah menjadi perkara biasa di bumi jihad itu. Akan tetapi, mengapakah intifada meledak semasa itu? Jawapannya kerana kesucian Masjid Al-Aqsa telah dinodai oleh tapak kaki Sharon yang mana merupakan pemimpin parti Likud yang kemudiannya menjadi perdana menteri Israel, malah dia juga adalah watak utama dalam peristiwa berdarah “Sabra dan Shatila” (1982).

Tanggal 21 Ogos 1969 adalah salah satu tarikh hitam bagi umat Islam. Kerana pada tarikh ini 40 tahun lalu, maruah umat ini telah tercalar dengan penghinaan.

Seorang pelampau Yahudi bernama Micheal Denise Rohan telah menyalakan api di dalam Masjid Al-Aqsa untuk membakar hangus lalu meruntuhkannya. Kejadian itu dianggap sebagai jenayah musuh paling menyakitkan bagi umat Islam.

Keperitannya masih dirasakan sehingga ke hari ini. Rohan tidak bersendirian dalam jenayahnya itu. Dia mendapat sokongan dan koordinasi daripada rejim Zionis Israel yang mahu melihat Masjid Al-Aqsa dihapuskan bagi memudahkan mereka membina Haikal Sulaiman di atas dataran suci itu.

Dalam peristiwa tersebut, sebahagian besar masjid yang berkah itu mengalami kemusnahan termasuklah peralatan dalaman, dindingnya, Mimbar Salahuddin Al-Ayyubi, Mihrab Zakaria, Masjid Umar al-Khattab, dan sebahagian serambi.

Kemusnahan tersebut melebihan satu per tiga kawasan bangunan masjid iaitu kira-kira 1500 meter persegi daripada keluasan asal 4400 meter persegi. Malah bahagian atap masjid juga roboh menyembah bumi dan begitu juga 2 tiang utama serta lengkungan yang menanggung kubah masjid. Tingkap-tingkap yang indah berwarna-warni serta hiasan ayat-ayat al-Quran turut musnah dalam kebakaran tersebut.

Rohan ketika ditangkap telah berkata secara terus-terang bahawa apa yang dilakukannya adalah satu kewajipan agama sebagaimana yang disebut dalam kitab Torah di sisi mereka. Dia juga mengaku telah Berjaya dalam misinya yang menurutnya adalah merupakan perintah dari Tuhan

maka adakah umat Islam tidak menganggap tanggungjawab mempertahankan kesucian Masjid Al-Aqsa adalah satu tuntutan agama dan tanda seseorang hamba itu beriman kepada ALLAH dan Hari Akhirat?





| 0 comments ]


Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku..ibu
Bila lapar , yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang temankan aku..ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut..Bu!
Bila bangun tidur, aku cari..ibu
Bila nangis, orang yang pertama datang..ibu
Bila nak bermanja..aku dekati ibu
Bila nak bergesel..aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku adalah hanya ibu..


Bila nakal, yang memarahi aku...ibu
Bila merajuk, yamg boleh memujukku..ibu
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah..ibu
Bila takut, yang tenangkan aku..ibu
Bila nak peluk, yang aku suka peluk..ibu
Aku ingat ibu.....ibu


Aku selalu ingatkan ibu
Bila sedih, aku mesti telepon..ibu
Bila seronok..yang pertama aku bagitahu..ibu
Bila bengang, aku suka luah pada..ibu
Bila takut, aku selalu panggil..."ibu.....!"
Bila sakit, yang paling risau..ibu
Bila nak exam, orang yang paling sibuk adalah..ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..ibu
Bila ada masalah, yang paling risau..ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini...ibu
Yang selalu masakkan makanan kegemaranku..ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku..ibu
Yang selalu berleter pada aku..ibu
Yang puji aku..ibu
Yang selalu nasihatkan aku..ibu

Bila nak kahwin nanti
Orang yang pertama aku rujuk dan tunjuk...ibu

Ibu..
Bila tiba hari ibu..aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari iBu..
Selalu..aku ingat pasanganku..
Selalu..ibu ingat aku
Bila aku ingin telepon ibuku..
Entah bila...aku nak belikan hadiah untuk ibuku..

Ibuku...
Kau lah Ratu Hatiku..
Kaulah penyeri hidup kita sekeluarga sepanjang zaman..

Ingatlah pengorbanan ibumu.....

*
Coretan ini di tulis sekembalinya penulis dari menghadiri kelas tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Nuruddin Marbu Albanjari Almakki....Kerinduan kepada ibu yang selama ini telah medidik dan membesarkan kita tidak seharusnya dilupakan oleh mana2 insan yang pernah bergelar seorang anak. Ya Allah, hanya Kau sahajalah yang mengetahui betapa rindunya hati dan perasaan ini kepada ibuku.. Hati kecilku sempat menitiskan air mata, tatkala teringat pesan dan pengorbanan yang telah dicurahkan selama ini.. Aku malu padamu wahai ibuku...Aku sayang padamu...Insya-Allah, jika dilanjutkan usia kita, nanti kita akan kembali seperti dulu..Aku janji wahai ibuku..

Ibu...........Doakan anakmu diperantauan..ameen..Wallahu 'alam

| 0 comments ]


Ramadan memberi peluang untuk kita mengenali diri kita. Sejauh mana kita sabar, ikhlas, bersyukur dan pelbagai nilai-nilai yang lain kerana kebiasaannya pada bulan Ramadan seseorang itu akan lebih peka terhadap persoalan-persoalan ini kerana ingin menjaga ibadah puasanya.



Ramadan adalah bulan yang baik bagi melatih kebiasaan pengurusan hidup yang baik. Sepanjang bulan Ramadan, urusan harian kita akan bertambah kerana kita masih perlu menunaikan kerjaa-kerja biasa di pejabat dan di rumah di samping itu juga melakukan pelbagai ibadah yang dianjurkan seperti Tarawih, Witir, Sahur, Tadarus bagi meraih fadilat Ramadan.


Kita perlulah mampu untuk mengawal diri kerana kehidupan ini dipenuhi dengan pertarungan dan persaingan dengan pelbagai kepentingan dan keinginan.
Puasa membina kekuatan dalaman kerana ia hakikat puasa bukan hanya menahan dari lapar dan dahaga tetapi lebih dari itu. Lagi pula seseorang yang benar-benar berpuasa dia akan dilatih untuk menjaga dirinya dari pelbagai kejahatan walau pun bersendirian kerana ia menyedari Allah taala maha melihat dan tidak mahu pahala puasanya berkurangan.
Kerana dengan berpuasa kita bukan hanya merasakan kelaparan dan kesulitan tetapi juga disuruh untuk merasakan juga bagaimana kelaparan orang miskin dan pelarian di merata tempat. Di seluruh dunia….



Hanya apabila kita mempunyai simpati kita akan mengambil berat akan nasib orang lain. Dengan itu kita bukan hanya berusaha untuk mengubah diri kita tetapi juga mengubah keadaan hidup orang lain.



Di dalam bulan Ramadan kita diperintah untuk mengeluarkan zakat fitrah. Ia adalah simbol bagi sikap mengambil berat terhadap kesusahan orang lain dan berusaha untuk membantu yang lain.
Namun perasaan mulia dan yakin hanya timbul jika kita benar-benar berjuang dan bersungguh-sungguh dalam menghidupkan Ramadan. Mereka yang Ramadannya hanya ala kadar sahaja, tidak akan mampu merasakan perasaan ini. Maka ia hilang peluang………….



Jika kita lepaskan peluang untuk membina perkara-perkara tadi dengan kehadiran Ramadan, ditakuti tiada perubahan yang berlaku dalam hidup kita dan kita perlu menanti Ramadan pada tahun hadapan. Sedangkan ia adalah satu yang tidak pasti kerana tiada siapa yang dapat menjamin bahawa usia kita akan panjang untuk bertemu Ramadan pada tahun hadapan. Namun kengkawan…tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ..apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya
yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
berusaha…bersedia…meminta belas-NYA



Andai benar ini Ramadhan terakhir buat ku
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH DILAKUKAN



Janganlah kita tunggu hari esok untuk mengubah diri kita kerana setiap detik dalam kehidupan adalah amanah yang akan dipertanggungjawabkan.



Ambillah langkah segera untuk mengenal diri, merancang hidup peribadi dan keluarga dan mewujudkan persekitaran yang baik. Selagi kita masih bernafas, belum terlambat untuk memulakannya.



Saya akhiri dengan sabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud:
“Ada banyak orang yang berpuasa tetapi ia tiada memperolehi dari puasanya itu, selain dari lapar dan dahaga (yakni tiada mendapat pahala).”



‘Selamat Berpuasa & Selamat Berjuang’

WALLAHUALAM BISSAWAB

| 0 comments ]




Dunia mutakhir kini jelas menzahirkan mega cabaran yang melampau tidak kira dalam populasi aspek yang pelbagai. Namun, sesuatu perkara yang paling jelas telah melanda umat Islam zaman kini dan TIDAK ramai yang mengetahui dan menyedarinya iaitu Perang Minda. Musuh-musuh Islam Laknatullahi `alaihim telah mula memasang strategi untuk menjatuhkan Islam menggunakan pengaruh minda telah pun bermula berkurun lamanya. Begitu besar peranan yang wajib dimainkan remaja Islam masa kini. Sedarkah enta? Bayangkan, seorang ketua paderi sedunia tahun 1935, Zeumer, telah menyatakan:

“Tugas Kristianisasi bukanlah memasukkan orang Islam ke dalam Kristian tetapi cukup sekadar menjauhkan kehidupan mereka dari Tuhan mereka.”

Ini adalah kata-kata seorang ketua paderi dunia tahun 1935 yang menyatakan kerisauannya apabila umat Islam berpegang teguh dengan al-Quran. Umat Islam zaman dahulu menjadi mapan dalam setiap aspek bersusurgalurkan pegangan yang teguh kepada al-Quran. Namun, dapatkah enta tafsirkan sikap umat Islam zaman kini?? Majoriti aktiviti sehariannya dipenuhi dosa dan noda, tidak ubah seperti stail kehidupan orang Barat yang sentiasa bermandikan lautan kemaksiatan dan kemungkaran. Entum merupakan golongan terpelajar, tidak memerlukan syarah yang panjang untuk memahaminya.

Kita singkap kembali sejarah kegemilangan Islami. Kehidupan muslimin dahulu gemilang bukan hanya kerana dianugerahi ilmu yang bergunung-gunung sahaja, bahkan ilmu-ilmu tersebut semakin direnangi dan diselami sedalam-dalamnya. Kemudian, dikongsi bersama dengan muslimin yang lain bagi menghilangkan kejahilan mereka sesama sendiri. Namun begitu, bagaimanakah hakikat masyarakat Islam zaman kini? Amat ramai golongan yang berjaya melepasi menara gading dengan cemerlang, tetapi tidak ramai yang membantu mencurahkan ilmu mereka kepada yang lain demi kemaslahatan masyarakat Islam. Walaubagaimanapun, golongan yang kurang berpendidikan pula tidak boleh hanya mengharap kepada golongan berpendidikan. Sebaliknya, mereka wajib membina kekuatan fikir mereka. Bagaimana?? Kekuatan fikir ini hanya boleh dibina dengan amalan membaca. Slogan-slogan yang menginginkan masyarakat sentiasa mengamalkan amalan membaca telah bertebaran di serata pelusuk dunia, cuma pengaplikasiannya sahaja yang masih di tahap minimum. Penguasaan ilmu ini termasuklah ilmu duniawi dan ukhrawi. Hal ini kerana Islam menggalakkan pengikutnya mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat.

Berikut merupakan antara peranan yang wajib dimainkan oleh remaja Islam masa kini dalam menempuhi mega cabaran yang melanda gelanggang dunia keIslaman kini:

Penguasaan ilmu (fardhu `ain dan fardhu kifayah)
Bina kekuatan fikir dengan membaca
Kuasai bahasa al-Quran dan mentadabburnya (meneliti dan menghayati)
Bina keharmonian dan kemurnian akhlak
Sibukkan diri dnegan gerakan-gerakan, persatuan-persatuan Islam
Kembali cintakan ibadah
Dampingi golongan alim
Sentiasa mendirikan solat jama`ah
Jernihkan aqidah dari perkara khurafat

Segala nasihat mahupun teguran terdaya dilakukan, namun ikhtiar dan mujahadah dalam melaksanakannya adalah bergantung kepada sejauh mana kesedaran kita dalam memainkan peranan sebagai remaja Islam. Muhasabahlah… kajilah semula amalan kita terdahulu. Adakah kita pernah menyumbang kepada kebangkitan Islami? Seraplah kembali ilmu di sekeliling selagi masih bersinar untuk dipusatkan di sistem pemusatan idea untuk diterjemahkan. Dengan itu, berlakulah suatu aliran pemusingan minda dalam diri seorang mukmin untuk menyumbangkan sumbangan yang amat berguna dalam pembangunan kegemilangan Islam.

| 0 comments ]



Alhamdulillah..kali ini kita masih terpilih sbg hambaNya dlm nikmat iman dan Islam untuk berada dalam madrasah Ramadhan..syukur kehadrat Allah SWT krn kita masih diberi peluang dan ruang yg bnyak unt memperbaiki dan mengislah diri dalam bulan yg mulia ini..

Tetapi, persoalannya, sejauh manakah kita semua menghayati dan memanfaatkan sepenuhnya kehadiran bulan Ramadhan yg telah dijanjikan pelbagai ganjaran, rahmat dan keampunan dari Allah SWT..berapa ramaikah di kalangan kita yang memasuki bulan Ramadhan ini dgn penuh keinsafan, punya semangat dan tekad unt memperbaiki diri, dan menjadi hambaNya yg bertaqwa?

atau adakah ketibaan ramadhan ini hanyalah sbg satu adat dan kebiasaan tanpa mengambil manfaat yg sepenuhnya?lebih malang lg jika ada di kalangan kita yg memasuki madrasah Ramdhan ini hnya smata-mata sbg tanda unt menyambut AidilFitri dgn pelbagai persiapan dan pembaziran yg tidak sepatutnya..

ingatlah dan sedarlah wahai Muslimin sekalian, bahawa sesungguhnya kehadiran Ramadhan ini adalah sesuatu yg dinanti-nantikan oleh semua manusia yg beriman dgn iman yg sebenarnya.. kehadirannya dinanti, pemergiannya ditangisi..demikianlah hebatnya iman para sahabat di zaman Nabi SAW..mereka menanti-nanti kehadiran Ramadhan yg mana telah dijanjikan dgn pelbagai nikmat dan rahmat dari Allah SWT.

firman Allah SWT:
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) pd malam qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan.Pada malam itu turun para malaikat dan ruh(Jibril) dgn izin Tuhannya unt mengatur semua urusan.Sejahteralah (malam itu) sampai terbit fajar. (Al-Qadr:1-5)


sabda Nabi Muhammad SAW:
  • Barangsiapa berpuasa dibulan Ramadhan karena Iman dan mengharap pahala dari Allah maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari dan Muslim)
  • Jika awal Ramadhan tiba, maka setan-­setan dan jin dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup, tidak ada satu pintu pun yang dibuka. Sedangkan pintu-pintu surga dibuka, dan tidak satu pintu pun yang ditutup. Lalu ada seruan (pada bulan Ramadhan); Wahai orang yang menginginkan kebaikan, datanglah. Wahai orang yang ingin kejahatan, tahanlah dirimu. Pada setiap malam Allah SWT memiliki orang-orang yang dibebaskan dari neraka. (HR Tirmidzi)
  • Jarak antara shalat lima waktu, shalat jum’at dengan jum’at berikutnya dan puasa Ramadhan dengan Ramadhan berikutnya merupakan penebus dosa-­dosa yang ada diantaranya, apabila tidak melakukan dosa besar. (HR Muslim)


Masya Allah!betapa besarnya ganjaran yg telah dijanjikan kpd mereka yg beriman dalam bulan Ramadhan yg penuh barakah ini.adakah kita berjaya memasuki madrasah tarbiyah ini dgn hnya mengharapkan keredhaan Allah SWT,ikhlas dalam beramal, dan dapat mengaplikasikan segala yg diamalkan dalam Ramadhan ini dgn berterusan?

semoga Ramadhan kali ini adalah yg terbaik berbanding Ramadhan2 yg lalu..semoga natijahnya dapat memberi impak terbaik bt diri kita dan menjadikan kita hambaNya yg jauh lebih baik berbanding sebelumnya.

Ikhlaskan hati dalam mencari redha Ilahi..

| 0 comments ]


Hari Rabu esok iaitu 19 Ogos 2009, dua ulama’ besar Yahudi di Israel mengisytiharkan semua umat Yahudi wajib berpuasa sebagai salah satu langkah menghalang virus jahat H1N1 yang sedang melanda Israel.



Pengumuman ini dibuat oleh ketua Majlis Rabbi Israel iaitu Rabbi Shlomo Amar dan ketua Rabbi bagi komuniti Ultra-Orthodox, Rabbi Ovadia Yusuf. Kedua-dua mereka bersepakat semua umat Yahudi sama ada suku Sephardi atau Ultra-Orthodoks hendaklah berpuasa pada hari Rabu ini.



Di dalam pengumuman tersebut, umat Yahudi dari suku Ashkenazi tidak turut serta kemungkinan berbeza pendapat dari memutuskan hukum puasa dikalangan mereka. Menurut Rabbi Sholomo Amar dan Ovadia Yusuf, virus jahat yang bernama Selsema Babi itu merebak di seluruh dunia kesan daripada dosa-dosa yang dilakukan oleh umat manusia.



Antara arahan-arahan yang dibuat ialah semua masyarakat Yahudi yang berkemampuan untuk berpuasa diarah agar berpuasa sepanjang hari Rabu disamping memperbanyakkan sembahyang dan doa kepada tuhan. Bagi yang tidak berkemampuan, hendaklah berpuasa separuh hari atau setidak-tidaknya berduduk diam tanpa mengganggu orang lain.



Ibadat tambahan yang diumumkan ini menurut mereka adalah sebagai kaedah mencegah penyakit melalui kebersihan diri.



Pada 10 Ogos 2009, seramai 50 orang rabbi yang diketuai Rabbi Yitzhak Batzri telah menaiki pesawat khas mengelilingi Israel sambil meniup shofar (trompet ibadat Judais). Tujuan mereka berbuat demikian adalah untuk menghalau virus H1N1 itu dari mengancam penduduk Israel.



Pertembungan tersembunyi antara Rabbi Sephardi dan Rabbi Ashkenazi

Pengumuman baru yang dibuat oleh ketua rabbi suku Sephardi dan komuniti Ultra-Orthodoks seolah-olah memberi isyarat tersembunyi kepada ketua Rabbi suku Ashkenazi iaitu, Rabbi Yonah Metzger. Ini kerana suku Ashkenazi lebih cenderung kepada dasar ideologi Zionis yang menghalalkan daging babi dan arak untuk pengikut-pengikutnya.



Manakala suku Sephardi dan Ultra-Orthodoks masih lagi berpegang kepada hukum asal Taurat yang melarang umat bani Israel memakan babi dan meminum arak.

Bencana H1N1 yang melanda Israel sehingga mengakibatkan 7 nyawa terkorban hanya menyemarakkan lagi semangat kesukuan dikalangan masyarakat Yahudi sendiri. Sudah pasti sifat ingin menyalahkan pengikut-pengikut Ashkenazi yang gemar memakan babi sebagai punca H1N1 ada pada setiap masyarakat Sephardi dan Ultra-Orthodoks.



Kesimpulannya, kita dapat mengenal pasti di sini bahawa senjata biologi ciptaan Illuminati tidak kebal kepada orang-orang Yahudi dan ia hanya kebal kepada penguasa-penguasa Zionis yang sudah pasti sudah menerima suntikan vaksin yang tulen.



Peningkatan bilangan mangsa H1N1 di Israel menjelaskan kepada kita bahawa umat Yahudi yang diheret dari serata dunia dan dilonggokkan di Israel adalah hanya sebagai batu pemberat untuk agen Illuminati mewujudkan negara Zionis.

Artikel ini di copy paste dari ibnuyaacob.com. Sekian.

| 0 comments ]


Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah Tasawuf Islami tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi'ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi'ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran.

Sejak kecil lagi Rabi'ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi'ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.

Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu."


Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."


Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."


Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."

Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."


Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."


Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar."

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

"Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah.

Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Wallahu 'alam


| 0 comments ]


bergambar sebelum berlepas pulang


'posing' terakhir di Dauran Shoubra

Ku doakan agar kepulanganmu ke Malaysia menjadi titik tolak kepada perubahan rakyat khususnya masyarakat negeri Terengganu. Harapanku moga- moga dengan ukhwah yang telah terbina agak sekian tidak terlerai di tengah jalan. Insya-allah jika Allah panjangkan umur, satu hari nanti kita akan berjumpa kembali....ameen


| 0 comments ]


Salam kembali. Insya-Allah pada kali ini sama2 kita bincangkan tentang salah satu fenomena yang terus melanda masyarakat ummat Islam pada hari ini iaitu mahar dan hantaran. Perkara ini tidak harus sama sekali terlepas pandang oleh semua hatta pelajar Al-Azhar itu sendiri. Ramai yang bertanya apabila diutarakan masalah ini. Adakah setiap antara kita benar2 memahami masalah ini?? Ayuh sama2 kita bincangkan satu persatu...

Apakah mahar?

Ia adalah mas kahwin. Apa itu mas kahwin? Ia adalah hak orang perempuan yang mesti diberi oleh bakal suaminya. Dan hak ini dijamin oleh Islam sebagai sebuah penghargaan dan penghormatan kepada kaum wanita.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada mahar?

Terdapat empat syarat yang mesti ada pada mas kahwin.

Pertama : Harta yang bernilai dan berharga

Kedua : Benda yang dibverikan itu mestilah bersih (tidak najis)
Ketiga : Harta yang diberikan itu bukan harta rampasan

Keempat : Benda yang diberikan itu hendaklah jelas benda dan jumlahnya

Walaubagaimanapun, al-Quran juga boleh dijadikan mahar . Al-Quran yang dimaksudkan di sini ialah apa yang dihafal, dipelajari, diamalkan serta mampu diajarkan oleh bakal suami. Dan hafal di sini tidak bermakna 30 juz al-Quran, bahkan dengan beberapa surah juga sudah memadai. Begitu juga tidak dimaksudkan dengan al-Quran di sini dengan sebuah mashaf al-Quran yang cantik, mahal, berdakwat emas ataupun sebagainya yang lebih kepada sifat zahir serta simbolik semata-mata.

Mashaf yang cantik ini seringkali dijadikan simbol hadiah dalam majlis-majlis perkahwinan. Apa yang menyedihkan ialah mashaf tadi hanya bakal menjadi perhiasan rumah semata-mata. Isi kandungannya langsung tidak dibelek, dibaca mahupun dipelajari. Dan kalaupun dibaca, ia tidak diamalkan. Sebab itulah amalan menjadikan mashaf al-Quran sebagai simbolik ini tidak betul untuk disandarkan kepada hadith yang membolehkan seseorang bernikah bermaharkan al-Quran.

Selain itu, terdapat satu lagi istilah yang baik untuk kita fahamkan dalam bab mahar ini iaitu hantaran. Benar, terdapat aspek positif daripada hantaran ini seperti boleh mencerminkan sifat toleransi, hormat-menghormati, dan kesungguhan oleh dua keluarga yang bakal bersatu. Perhatikan dua sudut berikut: Pertama: Apabila pihak lelaki menghantar wang kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan (dikenali juga dengan istilah belanja hangus). Kedua: Hadiah-hadiah (pakaian, makanan, wang dan sebagainya) yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pihak bakal isteri dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks kedua-dua pihak bakal mempelai ini mampu untuk hadiah-menghadiahi, beri-memberi dan belanja-membelanja, maka tidak ada masalah (asal jangan membazir). Tapi bagaimana pula jika sebaliknya?
Budaya hantaran ini boleh bertukar menjadi negatif dan sangat buruk apabila ia diwajibkan dengan jumlah serta harga yang tinggi. Inilah yang wajar kita basmikan dalam amalan masyarakat tanah air. Agar setiap perjalanan perkahwinan itu benar-benar selaras dengan syariat. Lagipun, yang wajib dalam Islam ialah mahar, bukannya hantaran.

Satu lagi fenomena yang mungkin boleh kita perhatikan ialah nilai mahar dalam masyarakat kita yang selalunya rendah dan dalam masa yang sama nilai hantaran pula jumlahnya beribu-ribu. Mengapa terjadi demikian? Barangkali mereka beranggapan dengan mahar yang rendah itu sudah menjadi lesen untuk mereka diberkati. Manakala hantaran pula demi memenuhi kehendak keluarga, suasana dan budaya, maka mesti ditinggikan. Apa yang berlaku ini tidak tepat dengan kehendak Islam. Dan sekalipun benar Islam tidak menggalakkan mahar yang tinggi, namun lebih dari itu, Islam juga mementingkan agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Mahar yang rendah dengan hantaran yang tinggi bukanlah jalan penyelesaian yang baik.

Begitulah beberapa noktah kekeliruan yang terdapat dalam pengamalan masa kini. Semoga dengan tulisan yang ringkas ini mampu membantu generasi hari ini dalam membina sebuah perkahwinan dan keluarga yang baik, diberkati dan bahagia. Pada akhirnya, pertemuan antara mutazawwijin pada petang tersebut menyimpulkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk lebih berfungsi dalam masyarakat khasnya untuk menyebarkan kefahaman Islam tentang mahar dan kekeluargaan yang baik.


Dengan lafaz bismillah,
catatan ini kumulakan,
Syaaban akanku tinggalkan,
Pasti menjelma Ramadhan yang mulia,
Alhmdulillah buat-Mu tuhan aku panjatkan,
Selawat dan salam hanya digemakan untuk rasul terakhir.

Duhai sahabat duhai teman,
Yang sudah berteman mahupun yang bujang,
Ingat-ingatkanlah kunci kejayaan,
Jangan mengalah sebelum berjuang.

Dua tiga kitab boleh dibeli,

Mana nak sama al-Quran yang terang,
Bukalah kitab, carilah erti,
Mulakan menghafal dari sekarang.

Sudah menjadi adat tinggal bersama,
Dikongsi duit bayaran makan,
Mengaji mengingat biarlah bersama,
Jangan dilupa ahli bait dan kawan-kawan.


Duduk bersembang beralas bantal,

Nasihat menasihati amalan mulia,
Sibuk mengulang setelah menghafal,

Dapatkan juga doa restu ibu bapa keluarga.


Wahai ALLAH, Kasihanilah aku dengan meninggalkan maksiat untuk selama nya selagi Engkau Menetapkanku dan Kasihanilah aku untuk mengharuskan apa yang tidak bermanfaat dan berikanlah aku rezki baik nya harapan pada apa yang dapat MeredhakanMU. Wahai ALLAH yang Menghiasi langit dan bumi yang Maha Mulia dan Maha Luhur yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya DzatMU agar Menetapkan hatiku menghafal KitabMU sepertimana Engkau Memberiku `ilmu, berilah aku rezki membaca nya pada kadar yang dapat MembuatMU Redha kepadaku.

Wahai ALLAH yang Menciptakan langit dan bumi yang bersifat Keagungan dan Kemuliaan yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya DzatMU, agar Engkau sinari mata hatiku dengan KitabMU, Engkau Tinggalkan dengan KitabMU lisanku, Engkau Hilangkan kesusahan dari hatiku dengan KitabMU, Engkau Lapangkan hatiku dengan KitabMU, Engkau Gunakan tubuhku dengan KitabMU, sesungguh nya tidak ada yang Menolongku atas kebenaran melainkanMU dan tidak ada yang Memberiku kebenaran kecuali Engkau dan tidak ada upaya untuk meninggalkan maksiat, tidak ada kekuatan untuk mengerjakan taat kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Akhirnya marilah kita bersatu hati dan bersepakat dalam menentukan gerak kerja dalam hidup ini....Syukran

| 0 comments ]


Innalillahi wainailaihi raaji'un. Salam takziah saya sampaikan kepada seluruh ahli keluarga us Asri Rabbani, yang baru saje meninggalkan kita semua pagi tadi. Pemergian beliau ke alam barzakh untuk selamanya sudah pasti dirasai oleh seluruh ummat Islam khususnya di bumi Malaysia.. Moga2 pemergian beliau ke alam nyata mendapat rahmat dan kebahagiaan di sisi Allah taala.

Us Asri Rabbani, 40 yang sakit akibat serangan jantung meninggal dunia ketika sedang memberi ucapan dalam sidang media program syahadah di Angkasapuri RTM kira- kira jam 10: 30 pagi tadi. Saya ucapkan takziah dan mengharapkan seluruh ahli keluarganya bersabar di atas ujiaan dari Allah ini. Kami seluruh ummat Islam mendoakan agar jenazah beliau ditempatkan seiring bersama- sama para syuhada' dan golongan yang diredhai Allah.. ameen

| 0 comments ]


Alhamdulillah, sekali lagi kita harus mengucapkan syukur kerana Allah telah melanjutkan usia kita dan kalau diberi kesempatan oleh Allah, kita sama-sama akan menyambut kedatangan syahru Ramadhan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak yang dianugerah oleh Allah kepada ummat Muhammad s.a.w. Allah swt telah menetapkan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Al-Quranul karim sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud " bulan Ramadhan yang di turun oleh Allah taala Al-Quranul karim yang menjadi petunjuk kepada manusia yang membezakan dan menerangkan kepada manusia antara petunjuk dan juga hidayah dari Allah ". Bulan Ramadhan ini juga bagaimana Rasulullah bersama-sama dengan para sahabat, mereka menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan cara yang di ajar oleh Allah taala.

Apabila tibanya bulan Ramadhan, Allah subhanahu wataala menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini kelebihan-kelebihan yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang biasa. Sebab itu kita lihat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini menjadi rebutan dikalangan para sahabat, seperti peperangan Badar Al-Kubra yang berlaku pada 17 haribulan Ramadhan tahun yang ke-2 hijrah. Allah taala menggerakkan peristiwa Badar yang ganjil ini didalam bulan Ramadhan ketika ummat Islam berhadapan dengan ibadah puasa. Allah taala jadikan pertembungan yang ganjil yang terkandung didalamnya 1001 macam pengajaran kepada ummat Islam sehingga ke hari kiamat.
Didalam peristiwa Badar ini Allah taala menentukan hubungan yang unik diantara Rasulullah dengan Allah, diantara para sahabat dengan Allah taala. Apabila bala tentera yang bergerak, ummat Islam daripada Madinah menuju ke Badar. Golongan musyrikin dari Mekah Al-Mukarramah menuju ke Madinah Al-Munawwarah hingga sampai di Badar.

Akal manusia mengatakan Islam akan kalah, tidak mungkin Islam mencapai kemenangan. Di sudut jumlah bala tentera ,golongan musyrikin jauh lebih ramai daripada tentera Islam. 313 orang bertembung dengan jumlah 1000 orang yang lengkap dengan persenjataan. Para ulamak Islam mengatakan berkat bulan Ramadhan, permohonan daripada Nabi S.A.W dengan Allah taala di makbul oleh Allah, walaupun kita tahu doa daripada Rasulullah tidak ada hijab, tidak ada perantaraan diantara doa Rasulullah dengan Allah taala.
Apabila dua bala tentera ini bertembung, masing-masing melihat antara satu sama lain. Golongan musyrik nampak bala tentera Islam ini sedikit dan begitu juga bala tentera Islam melihat bala tentera musyrikin begitu ramai. Rasulullah walaupun Baginda nabi dan rasul tetapi Baginda manusia biasa, ada perasaan bimbang sekiranya Islam tewas didalam peperangan Badar ini nescaya agama Allah taala ini akan lenyap di atas muka bumi dan kita semua tidak akan jadi ummat Islam.

Rasulullah bermunajat kepada Allah, Rasulullah menyebut " wahai Allah sekiranya kamu binasakan bala tentera Badar pada hari ini ya Allah, nescaya tidak akan wujud manusia yang sujud kepadaMu di atas muka bumi ini ". Dengan hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah, Rasulullah yang yakin dengan kemenangan ini daripada Allah bukannya daripada manusia.Jika sekiranya kamu menolong Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.
Rasulullah turun ke Badar untuk menolong agama Allah walaupun pada peringkat awalnya Baginda ingin mengambil semula harta yang di rampas oleh masyarakat Quraisy hasil dari peninggalan ummat Islam di Makkah Al-Mukarramah. Tetapi penemuan ini berakhir dengan peperangan. Apabila Rasulullah menadah tangan memohon doa, Allah menerima doa daripada Rasulullah lalu di hantar para malaikat untuk memberi pertolongan kepada nabi Allah Muhammad Rasulullah S.A.W. Sebab itu bulan Ramadhan ini di panggil sebagai 'Syahru Nasr'(bulan kemenangan ummat Islam).

Dan pada tahun ini bagaimana kita lihat satu pengisytiharan yang di buat di Timur Tengah dikalangan pejuang-pejuang Islam, mereka mengisytiharkan bulan Ramadhan pada tahun ini sebagai '
Syahru Jihad' iaitu bulan jihad kepada ummat Islam untuk mengembalikan semula Daulah Islamiyah di atas muka bumi Allah. Pejuang-pejuang Islam yang memperjuangkan Islam secara bersungguh-sungguh, ramai dikalangan mereka yang gugur syahid. Mereka memperjuangkan agama Allah sehingga gugur syahid walaupun Allah belum lagi memberi kemenangan kepada ummat Islam. Tetapi tanda-tanda kemenangan ini sudah mula di lihat oleh ummat Islam seluruh dunia. Bagaimana masyarakat bukan Islam diseluruh dunia, mereka merasa bimbang dengan kebangkitan Islam. Mereka mula merasa takut, gerun, bagaimana ummat Islam apabila memperjuangkan agama mereka tidak takut kepada mati. Bahkan mereka bercita-cita untuk mati syahid. Mati di jalan Allah taala merupakan cita-cita yang paling tinggi kepada pejuang Islam.

Dan di antara peristiwa-peristiwa lain yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah:-

1) Rasulullah mengutuskan Saidina Ali ke Yaman untuk menyebarkan Islam pada tahun ke-10 hijrah.

2) Kewafatan Saidina Ali RA, pada tahun 40 hijrah.

3) Peperangan Al-Qudsiah menentang Farsi pada tahun 15 hijrah.

4) Pembukaan Andalus pada 28 Ramadhan tahun 92 hijrah.

5) Kemenangan tentera Islam yang dipimpin oleh Nuruddin Al-Zanki ke atas tentera salib pada tahun 599 hijrah.

6) Peperangan Ain Jalut yang dimenangi oleh tentera Islam pada tahun 658 hijrah / 3 September 1260 Masihi.

7) Kelahiran Alim 'allamah Badaruddin Abu Mahmud bin Ahmad Al-Aini, pengarang kitab Umdatul Qari Syarah Sahih Bukahri pada tahun 762 hijrah.


Oleh itu marilah sama-sama kita jadikan bulan Ramadhan pada tahun ini iaitulah bulan perubahan, bulan jihad kepada kita. Kita ubah kedudukan kita dari kurang baik kepada lebih baik, biar jadi lebih baik dan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai '
Syahru Jihad' iaitu kita bersungguh-sungguh untuk balik ke jalan Allah taala dan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan syariat Allah taala di atas muka bumi Allah taala ini insya-Allah...ameen.

Wallahu a'lam...syukran.

| 0 comments ]


HAYYU SADIS 6 Ogos -Satu lagi lipatan sejarah telah termaktub dalam jiwa anak-anak Terengganu Shoubra,berikutan kejayaan menganjurkan Perlawanan Futsal yang baru berakhir sebentar tadi,alhamdulillah.Apa yang penting bukanlah perlawanan tersebut yang menjadi ukuran,akan tetapi timbul satu episod 'duka' yang menghantui kami.

Tanggal 9 Ogos 2009, jam 11.30 pagi,dua orang sahabat kami iaitu Ust.kamal Ahmad bersama Ust Hafizuddin Sidek akan pulang ke tanah air meninggalkan kami.Kepulangan insan yang dianggap 'permata' dikalangan kami sedikit sebanyak memberi satu ingauan,suka duka dan berbagai lagi kenangan yang telah terjalin selama ini.Apa yang perlu kami hadapi sekarang adalah perjuangan meneruskan hidup mesti diteruskan.

Moga-moga kepulangan kalian nanti akan mampu merubah rentak kehidupan masyarakat Terengganu khususnya masyarakat sekitar.Doa kami sentiasa bersama-sama kalian.Hidup berbakti menyumbangkan tenaga dan buah pikiran untuk kesejahteraan Islam.Kalianlah penyelamat dan pembawa sinar dalam mengembangkan obor-obor kemenangan Islam.

Berjuta kemaafan kami hulurkan meminta ampun diatas segala kesalahan dan dosa yang berlaku selama ini.Ukhwah yang terjalin takkan berhenti setakat ini.I'alah pada suatu masa yang lain kita akan berjumpa lagi.Doakan kejayaan dan kebahagiaan kami di sini.Akhirnya marilah kita tekadkan agar Islam pasti berada di tempatnya satu hari nanti...ameen .Terima kasih atas segalanya.Syukran

| 0 comments ]


Suatu hal yang tidak kita sangsikan bahwa Islam demikian memuliakan wanita, dari semula makhluk yang tiada berharga di hadapan “peradaban manusia”, diinjak-injak kehormatan dan harga dirinya, kemudian diangkat oleh Islam ditempatkan pada tempat yang semestinya dijaga, dihargai, dan dimuliakan. Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberikan banyak kebaikan kepada hamba-hamba-Nya.
Keterangan ringkas yang akan dibawakan, sedikitnya akan memberikan gambaran bagaimana Islam menjaga hak-hak kaum wanita, sejak mereka dilahirkan ke muka bumi, dibesarkan di tengah keluarganya sampai dewasa beralih ke perwalian sang suami

1. Pada Masa Kanak-kanak
Di masa jahiliah tersebar di kalangan bangsa Arab khususnya, kebiasaan menguburkan anak perempuan hidup-hidup karena keengganan mereka memelihara anak perempuan. Lalu datanglah Islam mengharamkan perbuatan tersebut dan menuntun manusia untuk berbuat baik kepada anak perempuan serta menjaganya dengan baik. Ganjaran yang besar pun dijanjikan bagi yang mau melaksanakannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan anjuran dalam sabda-Nya:

“Siapa yang memelihara dua anak perempuan hingga keduanya mencapai usia baligh maka orang tersebut akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku dan dia1 seperti dua jari ini.” Beliau menggabungkan jari-jemarinya. (HR. Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu)

‘Aisyah radhiyallahu 'anha berkisah: “Datang ke rumahku seorang wanita peminta-minta beserta dua putrinya. Namun aku tidak memiliki apa-apa yang dapat kusedekahkan kepada mereka kecuali hanya sebutir kurma. Wanita tersebut menerima kurma pemberianku lalu dibaginya untuk kedua putrinya, sementara ia sendiri tidak memakannya. Kemudian wanita itu berdiri dan keluar dari rumahku. Tak berapa lama masuklah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kuceritakan hal tersebut kepada beliau. Usai mendengar penuturanku beliau bersabda:

“Siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang/penutup baginya dari api neraka.” (HR. ِAl-Bukhari dan Muslim)

“Apabila salah seorang dari mereka diberi kabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, menjadi merah padamlah wajahnya dalam keadaan ia menahan amarah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak karena buruknya berita yang disampaikan kepadanya. (Ia berpikir) apakah ia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” (An-Nahl: 58-59)
Hadits-hadits yang telah disebutkan di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak perempuan, memberikan nafkah kepada mereka dan bersabar memelihara mereka. (Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 16/395)
Islam mewajibkan kepada seorang ayah untuk menjaga anak perempuannya, memberi nafkah kepadanya sampai ia menikah dan memberikan kepadanya bagian dari harta warisan.

2. Dalam masalah pernikahan
Wanita diberi hak untuk menentukan pendamping hidupnya dan diperkenankan menolak calon suami yang diajukan orang tua atau kerabatnya bila tidak menyukainya. Beberapa hadits di bawah ini menjadi bukti:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah (dimintai pendapatnya), dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan hingga diminta izinnya.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah izinnya seorang gadis?” “Izinnya adalah dengan ia diam”, jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)
‘Aisyah radhiyallahu 'anha berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang gadis itu malu (untuk menjawab bila dimintai izinnya dalam masalah pernikahan).” Beliau menjelaskan, “Tanda ridhanya gadis itu (untuk dinikahkan) adalah diamnya.” (HR. Al-Bukhari )
Khansa` bintu Khidam Al-Anshariyyah radhiyallahu 'anha mengabarkan, ayahnya menikahkannya dengan seorang lelaki ketika ia menjanda. Namun ia menolak pernikahan tersebut. Ia adukan perkaranya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hingga akhirnya beliau membatalkan pernikahannya. (HR. Al-Bukhari)

Islam memberikan hak seperti ini kepada wanita karena Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan wanita sebagai penenang bagi suaminya dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kehidupan suami istri ditegakkan di atas mawaddah wa rahmah. Maka bagaimana akan terwujud makna yang tinggi ini apabila seorang gadis diambil secara paksa sebagai istri sementara ia dalam keadaan tidak suka? Lalu bila demikian keadaannya, sampai kapan pernikahan itu akan bertahan dengan tenang dan tenteram?

Islam menetapkan kepada seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita agar memberikan mahar pernikahan kepada si wanita. Dan mahar itu nantinya adalah hak si wanita, tidak boleh diambil sedikitpun kecuali dengan keridhaannya.

“Berikanlah mahar kepada para wanita (yang kalian nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian dengan senang hati sebagian dari mahar tersebut, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisa`: 4)

3. Sebagai Seorang Ibu
Islam memuliakan wanita semasa kecilnya, ketika remajanya dan saat ia menjadi seorang ibu. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan seorang anak untuk berbakti kepada kedua orang tuanya, ayah dan ibu. Allah Subhanahu wa Ta’ala titahkan hal ini dalam Tanzil-Nya setelah mewajibkan ibadah hanya kepada-Nya:

“Rabbmu telah menetapkan agar janganlah kalian beribadah kecuali hanya kepada-Nya dan hendaklah kalian berbuat baik terhadap kedua orangtua. Apabila salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya menginjak usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan jangan membentak keduanya namun ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, ucapkanlah doa, “Wahai Rabbku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.” (Al-Isra`: 23-24)
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:

“Dan Kami telah mewasiatkan manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandung sampai menyapihnya adalah tigapuluh bulan…” (Al-Ahqaf: 15)
Ketika shahabat yang mulia, Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu 'anhu bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Shalat pada waktunya.” “Kemudian apa setelah itu?” tanya ‘Abdullah lagi. Kata beliau, “Kemudian birrul walidain (berbuat baik kepada kedua orang tua)….” (HR. Al-Bukhari dan Muslim )

Kata Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu -seorang shahabat Rasul yang sangat berbakti kepada ibundanya-, “Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari dan Muslim )

Hadits di atas menunjukkan pada kita bahwa hak ibu lebih tinggi daripada hak ayah dalam menerima perbuatan baik dari anaknya.

Islam mengharamkan seorang anak berbuat durhaka kepada ibunya sebagaimana ditegaskan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabda beliau:

“Sesungguhnya Allah mengharamkan kalian berbuat durhaka kepada para ibu…” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Sebagai Istri
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan seorang suami agar bergaul dengan istrinya dengan cara yang baik.

“Dan bergaullah dengan mereka (para istri) dengan cara yang baik.” (An-Nisa`: 19)

Karena itu, sepantasnya seorang suami mempergauli istrinya dengan cara yang ma’ruf, menemani, dan menyertai (hari-hari bersamanya) dengan baik, menahan gangguan terhadapnya (tidak menyakitinya), mencurahkan kebaikan dan memperbagus hubungan dengannya. Termasuk dalam hal ini pemberian nafkah, pakaian, dan semisalnya. Dan tentunya pemenuhannya berbeda-beda sesuai dengan perbedaan keadaan.” (Taisir Al-Karimirir Rahman, hal. 172)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para suami:

“Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan Allah.”
‘Umar ibnul Khaththab radhiyallahu 'anhu datang mengadu, “Wahai Rasulullah, para istri berbuat durhaka kepada suami-suami mereka.” Mendengar hal itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi keringanan untuk memukul istri bila berbuat durhaka. Selang beberapa waktu datanglah para wanita dalam jumlah yang banyak menemui istri-istri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengadukan perbuatan suami mereka. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Mereka itu bukanlah orang yang terbaik di antara kalian.” (HR. Abu Dawud dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud)
Beliau juga pernah bersabda:

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya.” (HR. Ahmad , At-Tirmidzi. Dihasankan oleh Asy-Syaikh Muqbil rahimahullahu )

Banyak hak yang diberikan Islam kepada istri, seperti suami dituntut untuk bergaul dengan baik terhadap istrinya, ia berhak memperoleh nafkah, pengajaran, penjagaan dan perlindungan, yang ini semua tidak didapatkan oleh para istri di luar agama Islam.
Bila sudah demikian penjagaan Islam terhadap hak wanita dan pemuliaan Islam terhadap kaum wanita; lalu apa lagi yang ingin diteriakkan oleh kalangan feminis yang katanya memperjuangkan hak wanita, padahal sebenarnya ingin mencampakkan wanita kembali ke lembah kehinaan, terpuruk dan terinjak-injak?
Wallahul musta’an.