| 0 comments ]


Salam kembali. Insya-Allah pada kali ini sama2 kita bincangkan tentang salah satu fenomena yang terus melanda masyarakat ummat Islam pada hari ini iaitu mahar dan hantaran. Perkara ini tidak harus sama sekali terlepas pandang oleh semua hatta pelajar Al-Azhar itu sendiri. Ramai yang bertanya apabila diutarakan masalah ini. Adakah setiap antara kita benar2 memahami masalah ini?? Ayuh sama2 kita bincangkan satu persatu...

Apakah mahar?

Ia adalah mas kahwin. Apa itu mas kahwin? Ia adalah hak orang perempuan yang mesti diberi oleh bakal suaminya. Dan hak ini dijamin oleh Islam sebagai sebuah penghargaan dan penghormatan kepada kaum wanita.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada mahar?

Terdapat empat syarat yang mesti ada pada mas kahwin.

Pertama : Harta yang bernilai dan berharga

Kedua : Benda yang dibverikan itu mestilah bersih (tidak najis)
Ketiga : Harta yang diberikan itu bukan harta rampasan

Keempat : Benda yang diberikan itu hendaklah jelas benda dan jumlahnya

Walaubagaimanapun, al-Quran juga boleh dijadikan mahar . Al-Quran yang dimaksudkan di sini ialah apa yang dihafal, dipelajari, diamalkan serta mampu diajarkan oleh bakal suami. Dan hafal di sini tidak bermakna 30 juz al-Quran, bahkan dengan beberapa surah juga sudah memadai. Begitu juga tidak dimaksudkan dengan al-Quran di sini dengan sebuah mashaf al-Quran yang cantik, mahal, berdakwat emas ataupun sebagainya yang lebih kepada sifat zahir serta simbolik semata-mata.

Mashaf yang cantik ini seringkali dijadikan simbol hadiah dalam majlis-majlis perkahwinan. Apa yang menyedihkan ialah mashaf tadi hanya bakal menjadi perhiasan rumah semata-mata. Isi kandungannya langsung tidak dibelek, dibaca mahupun dipelajari. Dan kalaupun dibaca, ia tidak diamalkan. Sebab itulah amalan menjadikan mashaf al-Quran sebagai simbolik ini tidak betul untuk disandarkan kepada hadith yang membolehkan seseorang bernikah bermaharkan al-Quran.

Selain itu, terdapat satu lagi istilah yang baik untuk kita fahamkan dalam bab mahar ini iaitu hantaran. Benar, terdapat aspek positif daripada hantaran ini seperti boleh mencerminkan sifat toleransi, hormat-menghormati, dan kesungguhan oleh dua keluarga yang bakal bersatu. Perhatikan dua sudut berikut: Pertama: Apabila pihak lelaki menghantar wang kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan (dikenali juga dengan istilah belanja hangus). Kedua: Hadiah-hadiah (pakaian, makanan, wang dan sebagainya) yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pihak bakal isteri dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks kedua-dua pihak bakal mempelai ini mampu untuk hadiah-menghadiahi, beri-memberi dan belanja-membelanja, maka tidak ada masalah (asal jangan membazir). Tapi bagaimana pula jika sebaliknya?
Budaya hantaran ini boleh bertukar menjadi negatif dan sangat buruk apabila ia diwajibkan dengan jumlah serta harga yang tinggi. Inilah yang wajar kita basmikan dalam amalan masyarakat tanah air. Agar setiap perjalanan perkahwinan itu benar-benar selaras dengan syariat. Lagipun, yang wajib dalam Islam ialah mahar, bukannya hantaran.

Satu lagi fenomena yang mungkin boleh kita perhatikan ialah nilai mahar dalam masyarakat kita yang selalunya rendah dan dalam masa yang sama nilai hantaran pula jumlahnya beribu-ribu. Mengapa terjadi demikian? Barangkali mereka beranggapan dengan mahar yang rendah itu sudah menjadi lesen untuk mereka diberkati. Manakala hantaran pula demi memenuhi kehendak keluarga, suasana dan budaya, maka mesti ditinggikan. Apa yang berlaku ini tidak tepat dengan kehendak Islam. Dan sekalipun benar Islam tidak menggalakkan mahar yang tinggi, namun lebih dari itu, Islam juga mementingkan agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Mahar yang rendah dengan hantaran yang tinggi bukanlah jalan penyelesaian yang baik.

Begitulah beberapa noktah kekeliruan yang terdapat dalam pengamalan masa kini. Semoga dengan tulisan yang ringkas ini mampu membantu generasi hari ini dalam membina sebuah perkahwinan dan keluarga yang baik, diberkati dan bahagia. Pada akhirnya, pertemuan antara mutazawwijin pada petang tersebut menyimpulkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk lebih berfungsi dalam masyarakat khasnya untuk menyebarkan kefahaman Islam tentang mahar dan kekeluargaan yang baik.


Dengan lafaz bismillah,
catatan ini kumulakan,
Syaaban akanku tinggalkan,
Pasti menjelma Ramadhan yang mulia,
Alhmdulillah buat-Mu tuhan aku panjatkan,
Selawat dan salam hanya digemakan untuk rasul terakhir.

Duhai sahabat duhai teman,
Yang sudah berteman mahupun yang bujang,
Ingat-ingatkanlah kunci kejayaan,
Jangan mengalah sebelum berjuang.

Dua tiga kitab boleh dibeli,

Mana nak sama al-Quran yang terang,
Bukalah kitab, carilah erti,
Mulakan menghafal dari sekarang.

Sudah menjadi adat tinggal bersama,
Dikongsi duit bayaran makan,
Mengaji mengingat biarlah bersama,
Jangan dilupa ahli bait dan kawan-kawan.


Duduk bersembang beralas bantal,

Nasihat menasihati amalan mulia,
Sibuk mengulang setelah menghafal,

Dapatkan juga doa restu ibu bapa keluarga.


Wahai ALLAH, Kasihanilah aku dengan meninggalkan maksiat untuk selama nya selagi Engkau Menetapkanku dan Kasihanilah aku untuk mengharuskan apa yang tidak bermanfaat dan berikanlah aku rezki baik nya harapan pada apa yang dapat MeredhakanMU. Wahai ALLAH yang Menghiasi langit dan bumi yang Maha Mulia dan Maha Luhur yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya DzatMU agar Menetapkan hatiku menghafal KitabMU sepertimana Engkau Memberiku `ilmu, berilah aku rezki membaca nya pada kadar yang dapat MembuatMU Redha kepadaku.

Wahai ALLAH yang Menciptakan langit dan bumi yang bersifat Keagungan dan Kemuliaan yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya DzatMU, agar Engkau sinari mata hatiku dengan KitabMU, Engkau Tinggalkan dengan KitabMU lisanku, Engkau Hilangkan kesusahan dari hatiku dengan KitabMU, Engkau Lapangkan hatiku dengan KitabMU, Engkau Gunakan tubuhku dengan KitabMU, sesungguh nya tidak ada yang Menolongku atas kebenaran melainkanMU dan tidak ada yang Memberiku kebenaran kecuali Engkau dan tidak ada upaya untuk meninggalkan maksiat, tidak ada kekuatan untuk mengerjakan taat kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Akhirnya marilah kita bersatu hati dan bersepakat dalam menentukan gerak kerja dalam hidup ini....Syukran

0 comments

Post a Comment