| 0 comments ]


Hari demi hari berlalu, jam demi jam berlalu, minit demi minit berlalu, detik demi detik berlalu, dan detik ke-59 pada tanggal 31 Desember 2009 jam 23 lebih 59 minit adalah detik terakhir yang terjadi di tahun 2009. Setelah detik ke-59 tersebut, kalendar masehi telah berganti tahun menjadi 2010.

Entah telah berapa banyak hal yang telah kita lakukan di tahun 2009 yang baru berlalu, berapa banyak yang merupakan tindakan yang baik, dan berapa banyak pula yang termasuk tindakan yang buruk. Sepertinya kita tidak mampu menghitungnya, entah kerana terlalu banyak atau kerana kita tidak pernah melakukan apa-apa, sehingga tidak ada yang dihitung.

Masa lalu tidak akan pernah datang kembali di masa yang akan datang. Masa lalu hanya datang sekali, dan kita telah melaluinya, entah memberikan kesan yang baik atau buruk, entah memberi manfaat atau tidak, entah melukai hati orang lain atau tidak, entah mendatangkan hasil atau sia-sia, kita tidak perlu takut untuk mengakuinya, karena itulah sejarah hidup kita, yang mana kita tidak mampu mengubah sejarah itu.Berbeza ketika kita sedang membuat artikel, cerpen, ataupun tulisan lainnya, jika kita merasa ada yang kurang tepat,kurang mantap, maupun kurang tanda koma, kita masih bisa memperbaikinya.

Namun ketika berbicara tentang sejarah hidup kita, kita hanya bisa mengingat sejarah hidup kita yang telah berlalu. Namun apakah itu yang dinamakan dengan manusia? Manusia mempunyai kemampuan untuk berfikir, kemampuan untuk membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, ataupun kemampuan untuk sekadar membezakan mana yang boleh dimakan dan mana yang tidak.

Masa lalu telah berlalu, masa depan siap menghadang, dan saat ini kita hidup di masa sekarang. Mari kita siapkan matlamat-matlamat kita untuk masa depan kita, mari kita tuangkan idea-idea besar kita untuk masa hadapan.

Jika di masa depan, kita ingin menjadi seorang presiden, maka kita siapkan diri kita mulai sekarang, apa saja yang diperlukan untuk menjadi seorang presiden. Jika kita ingin menjadi seorang pengusaha niaga antarabangsa, apa yang harus disiapkan mulai sekarang. Semua keinginan kita harus kita difokuskan, jangan sampai kita gagal dalam merencanakan, kerana jika kita gagal dalam merencanakan masa depan kita, maka kita telah merencanakan kegagalan kita di masa depan.

Saya kira soal melaksanakan perubahan bukan satu pilihan,malahan ia adalah satu kemestian.Cukup sekadar saya katakan bahawa insya-Allah akhir perjalanan kita adalah di syurga Allah taala .Siapakah yang akan kita jumpa disyurga ?? kita akan berjumpa nabi Muhammad S.A.W,saiyidina Abu Bakar,Saiyidina Ali,saiyidatina Fatimah,Saiyidatina Khadijah. Siapakah mereka itu? Mereka itu adalah orang2 yang hebat. Syurga hanya menerima org2 yang hebat untuk menyertainya. dan kalau sekiranya kita tidak hebat,apakah pilihan yang kita ada??

Kalau tidak berjaya masuk ke syurga, jangan pulak difikirkan nak cari kayu buat syurga setinggan. Tak layak ke syurga, nerekalah pilihan yang kedua.Maka kita tiada pilihan melainkan kita hendaklah berusaha menjadi manusia yang hebat. Dan Allah Taala telah memberikan segala potensi untuk kita menjadi manusia yang hebat. Kejayaan yang terbesar adalah kita berjaya mengenal potensi diri,dimanakah keistimewaan kita.

Sekian, Wallahu' alam

0 comments

Post a Comment