| 0 comments ]


Sedikit Kisah Berkaitan Imam Syafie dan Tok gurunya

Pada suatu hari, Imam Syafie’ berjumpa gurunya sambil bertanyakan ”Mengapakah aku mengalami kesukaran untuk menghafal?

Tok gurunya, Imam Waqi’ berkata ” Ilmu itu cahaya, dan cahaya Allah tidak akan diberi tunjuk kepada pembuat maksiat”

Cerita ini popular dikalangan penuntut ilmu kerana padanya terletak kunci mencari ilmu.

Bagi mereka yang mengejar suatu yang dinamakan kejayaan, mereka akan berpegang kepada nasihat ini.



Imam Syafie dan Mesir


Mesir memberikan titik pembaharuan kepada pemikiran Imam Syafie.

Setelah berada di Mesir, banyak pendapat-pendapat atau fatwa-fatwanya yang terdahulu ditukar, sehingga bergelar Qaul Jadid (pendapat baru) .

Di Mesir, Imam Syafie banyak menghabiskan masanya mengajar di Masjid Amru Al-As.

Antara nasihat atau kata-kata Imam SYafie :

“Jika sahih sesuatu hadith maka itulah mazhabku (peganganku)”
(Sila rujuk Imam An-Nawawi dalam kitabnya “Al-Majmuk”, m/s 63 / 2).


” Setiap Hadith dari Nabi Salallahulaihiwasalam itulah sebenarnya pendapat aku cuma sahaja mungkin kamu tidak mendengarkannya dari aku.”
(Sila rujuk Ibn Abi Hatim dalam kitabnya ” Adabul Syafi’ie” m/s 93


Imam Syafie bernama Muhammad bin Idris. Salasilah keturunan beliau adalah Muhammad bin Idris bin Abbas bin Usman bin Syafie bin Saib bin Abdul Yazid bin Hasyim bin Abdul Mutalib bin Abdul Manaf. Keturunan beliau bertemu dengan keturunan Nabi Muhammad SAW pada datuk Nabi Muhammad yang ketiga iaitu Abdul Manaf.

Beliau dilahirkan di Ghuzah nama sebuah kampung yang termasuk daerah Palestin, pada bulan Rejab 150 H atau 767 Masehi. Tempat asal ayah dan bonda beliau ialah di Kota Makkah. Imam Syafie lahir di Palestin kerana ketika itu bondanya pergi ke daerah itu demi keperluan penting. Namun di dalam perjalanan menuju Palestin tersebut ayahnya meninggal dunia, sementara Imam Syafie masih dalam kandungan ibunya. Setelah berumur dua tahun baru Imam Syafie dan ibunya kembali ke Kota Makkah.

Ketika berumur 9 tahun beliau telah hafal Al-Quran 30 juz. Umur 19 tahun telah mengerti isi kitab Al-Muwatha’, karangan Imam Malik, tidak lama kemudian Al-Muwatha’ telah dihafalnya. Kitab Al-Muwatha’ tersebut berisi hadith-hadith Rasulullah SAW, yang dihimpun oleh Imam Malik.

Kerana kecerdasannya pada umur 15 tahun beliau telah diizinkan memberi fatwa di hadapan masyarakat dan menjawat sebagai guru besar ilmu hadith serta menjadi mufti dalam Masjidil Haram di Makkah.

Banyak negara pernah beliau jelajah dipelusuk tanah arab seperti Madinah, Baqhdad, Yaman dan Mesir, di mesir adalah tempat beliau akhir sekali meghembuskan nafas walaupun beliau tidak lama menetap di Mesir. Walaupun banyak rintangan dihadapi seperti mazhab syiah tetapi ajarannya tersebar seluruh dunia.

Penulis berharap kita dapat mengenal lebih rapat beliau kerana beliau salah satu mazbah termashur dikalangan 4 mazab yang lain dan mazhab paling khusus yang diguna pakai di Malaysia .

Wallahu'alam..

0 comments

Post a Comment