Ini isu yang mengikut kepada ‘uruf ( terikat dengan faktor masa dan tempat ). Sekali lagi ditegaskan ini adalah isu yang mengikut ‘uruf !!!
Ini juga adalah isu yang melihat kepada maqasid ( maslahah yang ingin dicapai ) bukan melihat kepada istilah yang digunakan ! Ditegaskan sekali lagi..ini adalah isu yang melihat kepada maqasid dan bukan melihat kepada istilah yang digunakan !!!
Ini juga adalah isu yang membincangkan salah satu kaedah atau teori praktikal untuk menyekat kepada Ikhtilat . Sekali lagi ditegaskan, ini adalah isu yang mebincangkan salah satu kaedah atau teori praktikal untuk menyekat kepada ikhtilat !!!
Kepada yang tidak bersetuju ..tidak salah jika anda menentang teori dan idea ini namun jangan menentang matlamat dan rasional di sebaliknya ..kerana anda menentang tuntutan syar’ie. Sila baca dengan berhati-hati dan kritik dengan berhati-hati …
Panggilan Ustaz dan Ustazah wajar dibudayakan kembali di kalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam komunikasi seharian mereka kerana :-
1. Ini adalah panggilan dan istilah mulia…tanda hormat dan sekaligus menjadi doa dan harapan
2. Panggilan yang meletakkan seseorang pada tempat yang sesuai dengan bidang yang dipelajari ( iaitu ilmu-ilmu Islam termasuklah pertanian , kejuruteraan, bahasa Arab , kedoktoran dan lain-lain )
3. Panggilan yang mempunyai ‘haibah’ atau gah yang mampu mengelakkan percampuran dengan kata-kata atau unsur-unsur negatif. Agak sukar dan luar biasa jika anda memanggil seseorang Muslimah dengan ustazah, dan kemudian anda berbual perkara-perkara yang merepek dengan Muslimah tersebut. Panggilan ‘ustazah’ tersebut secara tidak langsung menjadi hijab bagi kalam anda kepadanya.
4. Dari anda memanggilnya dengan istilah yang kurang enak, maka sudah tentu istilah ini lebih baik.
5. Memanggil dengan panggilan abang, adik , kak boleh membuka kepada pintu fitnah yang besar dalam suasana masyarakat pelajar. Jangan pertikaikan dahulu kata-kata ini namun sebaliknya lihat sekeliling anda terlebih dahulu. Panggilan-panggilan ini akan menjadi ‘mubarrirat’ / excuses / alasan-alasan yang mengHALALkan segala salah laku dan ikhtilat pada akhirnya ( bagi mereka yang melakukannya ).
Kesimpulannya , jika anda tidak ingin membudayakan ‘Ustaz’ dan ‘Ustazah’ dalam komunikasi seharian anda, terpulang. Namun, maksud sebenar di sebalik istilah tersebut adalah untuk menjaga dari berlaku ikhtilat. Maka jika ingin menggunakan kalimah ‘adik’ , ‘abang’ , ‘kakak’….gunalah . Tiada yang melarang anda di sini !!! Namun, jika panggilan tersebut mebuka jalan ke arah penderhakaan Zat Yang Maha Agung ..maka bersedialah anda di Akhirat kelak !!!
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
3 days ago
1 comments
sokonmg us yoo!
istilah mampu mnjadi 'dinding'...
Post a Comment