Barangkali mereka yang ingin memahami perbezaan ‘Untuk’ dan ‘Tentang’ perlu kembali kepada penggunaan kalimah tersebut di dalam bahasa Arab. Saya bukanlah seorang yang mahir dalam penggunaan kalimah-kalimah Arab namun sekadar menggunakan kefahaman hasil pertuturan dan bacaan yang cetek dan terhad. Untuk dalam bahasa Arab ( ? ) dan tentang dalam bahasa Arab ( ?? ). Namun penulisan ini bukanlah berniat membahaskan isu bahasa, tetapi intipati yang ingin disampaikan berkaitan dengan tindakan…ya tindakan !!!
Ramai orang boleh BERFIKIR TENTANG ISLAM … bukan sahaja orang Mukmin , bahkan orang Munafiq .. bahkan orang bukan Islam ..semuanya boleh dan mampu berfikir tentang Islam. Namun BERFIKIR UNTUK ISLAM pastinya hanya akan datang dari jiwa yang benar-benar beriman kepada Allah.
Ringkasnya perbezaan umum antara BERFIKIR UNTUK ISLAM dan BERFIKIR TENTANG ISLAM adalah seperti berikut :-
1. Berfikir Untuk Islam hanya khusus untuk mereka yang beriman sedangkan Berfikir Tentang Islam boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja .
2. Berfikir Untuk Islam beserta dengan niat serta dengan rasa tanggungjawab manakala Berfikir Tentang Islam tidak semestinya dengan niat dan boleh disebabkan emosi , nafsu dan lain-lain.
3. Berfikir Untuk Islam ialah dengan mengerah minda , masa dan jiwa bagi berfikir untuk kemenangan , kegemilangan , kejayaan , keutuhan dan survival Islam sedangkan Berfikir Tentang Islam termasuklah berfikir tentang strategi mengalahakan Islam , melemahkan Islam , meremehkan Islam dan seumpamanya .
Kesimpulannya, saya bukan ingin membincangkan penggunaan UNTUK dan TENTANG .. namun saya ingin bertanya … di golongan manakah saya ??? Di golongan manakah kita semua ???
Idea Pendidikan Oleh Ilmuan Muslim Silam
2 days ago
0 comments
Post a Comment