| 0 comments ]


Salam kembali kepada sahabat2 semua.Alhamdulillah sekali lagi penulis diberi kesempatan oleh-Nya untuk sama2 berkongsi idea dengan sahabat2.Penulis tidak bercadang untuk memanjangkan kalam pada ruangan kali ini.Pada 'post' kali ini mungkin ianya hanya sekadar celoteh daripada penulis,atau hanya sekadar memenuhi ruangan.Ini kerana penulis masih lagi dalam tempoh 'percubaan' untuk menjadi sebahagian dari kalian.

Sedar tidak sedar,malam ini telah memasuki 15 Nisfu Syaaban.Ini bermaksud kurang 15 hari lagi untuk kita sama2 memasuki satu alam yang mana kita semua akan di tarbiahkan oleh Allah Taala.Bersedia atau tidak itu bukan menjadi persoalan oleh-Nya.Kita akan di uji sejauh mana keimanan dan ketaqwaan sebagai seorang hamba yang mengaku dirinya beriman dan yakin dengan segala ketentuan yang telah diberikan selama ini.

Bagaimana dengan persiapan diri??.Tepuk dada tanya iman masing-masing.Kalau jawabnya 'tidak',bilakah lagi?Tarbiah yang akan kita lalui bukan sekadar ujian kosong semata2,tp ia menunjukkan sejauh mana keikhlasan dan patuhnya kita kepada suruhan illahi..

Seperti mana yang sahabat2 sedia maklum,pada hari ini sekali lagi dunia 'bola sepak' telah digemparkan dengan satu berita yang penuh sensasi.Berita kaki Ronaldo telah diinsurankan dengan harga yang begitu tinggi dengan nilai $ 90 juta(RM 532 juta) telah menyebabkan penulis 'bingung' seketika.Dalam benak pemikiran penulis hanya sekadar mengelengkan kepala.Alangkah mahalnya nilai harga itu.

Rentetan itu,penulis ingin bawa sahabat2 kembali sejenak merenung apa sebenarnya yang perlu kita pahami.Dalam konteks kita yang mengaku dirinya muslim,layakkah iman kita di bayar dengan harga sedemikain rupa oleh Allah Taala di hari pembalasan kita nanti.Sejauh mana keimanan kita?banyak mana kita di uji untuk mempertahankan agama ini?Marilah sama2 kita bermuhasabah layakkah kita diagungkan pada waktu itu nanti.Sekadar mengaku dibibir diri sudah beriman walhal pada hakikatnya kita belum sekali2 diuji tidak memungkinkan kita mendapat 'award' sebegitu rupa.

Begitulah sahabat2 sekalian.Sama2 kita pikirkan apa yang perlu aku bawa untuk menyelamatkan diri dari segala bentuk ujian dan dugaan yang mendatang.Perkukuhkan iman selari dengan kekuatan jiwa kepada Allah Taala.Rasanya setakat ni dulu coretan penulis kali ini.Insya-allah pada ruangan akan datang kita berjumpa lagi..syukran.

| 0 comments ]

Malam ini adalah malam nisfu syaaban. Nisfu dalam bahasa arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam lima belas Syaaban iaitu siangnya empat belas haribulan Syaaban.

Malam Nisfu Syaaban merupakan malam yang penuh berkat dan rahmat selepas malam Lailatul qadr. Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi saw tidak tidur pada malam itu sebagaimana yg tersebut dalam sebuah hadis yg diriwayatkan oleh Iman Al-Baihaqi r.a:

Rasulullah saw telah bangun pada malam (Nisfu Syaaban) dan bersembahyang dah sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda saw dan bergerak. Kemudian aku kembali dan aku dengar Baginda saw berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu daripada apa yg akan diturunkan dan aku pohonkan keredhaanMu daripada kemurkaanMu dan aku berlindung kpdMu daripadaMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”


Setelah Baginda saw selesai sembahyang, Baginda berkata kpd Saiyidatina Aisyah r.a. “Malam ini adalan malam Nisfu syaaban. Sesunguhnya Allah Azzawajjal telah dtg kpd hambanya pada malam Nisfu syaaban dan memberi keampunan kpd mereka yg beristighfar, memberi rahmat ke atas mereka yg memberi rahmat dan melambatkan rahmat dan keampunan terhadap org2 yg dengki.”

Hari nisfu sya’aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya’aban bermula pada 14 hb sya’aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya’aban:

1.Solat sunat nisfu sya’aban – terdapat dua cara mengerjakan solat sunat ini

Sembahyang 100 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 11 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

Sembahyang 10 rakaat dengan memberi salaam selepas setiap 2 rakaat. Surah Al-Ikhlas dibaca sebanyak 100 kali setelah setiap rakaat setelah membaca surah al-Fatihah

2. Membaca Yasin 3 kali selepas solat Maghribnya

1. Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah.
2. Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah.
3. Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman.

3. Berpuasa pada siangnya (mulai pagi esoknya-15 Syaaban)