| 0 comments ]


Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah Tasawuf Islami tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi'ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi'ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran.

Sejak kecil lagi Rabi'ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi'ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.

Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.

Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu."


Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."


Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."


Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

"Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."

Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."


Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."


Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar."

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

"Ya Allah! Ampunilah aku. Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah.

Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Wallahu 'alam


| 0 comments ]


bergambar sebelum berlepas pulang


'posing' terakhir di Dauran Shoubra

Ku doakan agar kepulanganmu ke Malaysia menjadi titik tolak kepada perubahan rakyat khususnya masyarakat negeri Terengganu. Harapanku moga- moga dengan ukhwah yang telah terbina agak sekian tidak terlerai di tengah jalan. Insya-allah jika Allah panjangkan umur, satu hari nanti kita akan berjumpa kembali....ameen


| 0 comments ]


Salam kembali. Insya-Allah pada kali ini sama2 kita bincangkan tentang salah satu fenomena yang terus melanda masyarakat ummat Islam pada hari ini iaitu mahar dan hantaran. Perkara ini tidak harus sama sekali terlepas pandang oleh semua hatta pelajar Al-Azhar itu sendiri. Ramai yang bertanya apabila diutarakan masalah ini. Adakah setiap antara kita benar2 memahami masalah ini?? Ayuh sama2 kita bincangkan satu persatu...

Apakah mahar?

Ia adalah mas kahwin. Apa itu mas kahwin? Ia adalah hak orang perempuan yang mesti diberi oleh bakal suaminya. Dan hak ini dijamin oleh Islam sebagai sebuah penghargaan dan penghormatan kepada kaum wanita.

Apakah ciri-ciri yang perlu ada pada mahar?

Terdapat empat syarat yang mesti ada pada mas kahwin.

Pertama : Harta yang bernilai dan berharga

Kedua : Benda yang dibverikan itu mestilah bersih (tidak najis)
Ketiga : Harta yang diberikan itu bukan harta rampasan

Keempat : Benda yang diberikan itu hendaklah jelas benda dan jumlahnya

Walaubagaimanapun, al-Quran juga boleh dijadikan mahar . Al-Quran yang dimaksudkan di sini ialah apa yang dihafal, dipelajari, diamalkan serta mampu diajarkan oleh bakal suami. Dan hafal di sini tidak bermakna 30 juz al-Quran, bahkan dengan beberapa surah juga sudah memadai. Begitu juga tidak dimaksudkan dengan al-Quran di sini dengan sebuah mashaf al-Quran yang cantik, mahal, berdakwat emas ataupun sebagainya yang lebih kepada sifat zahir serta simbolik semata-mata.

Mashaf yang cantik ini seringkali dijadikan simbol hadiah dalam majlis-majlis perkahwinan. Apa yang menyedihkan ialah mashaf tadi hanya bakal menjadi perhiasan rumah semata-mata. Isi kandungannya langsung tidak dibelek, dibaca mahupun dipelajari. Dan kalaupun dibaca, ia tidak diamalkan. Sebab itulah amalan menjadikan mashaf al-Quran sebagai simbolik ini tidak betul untuk disandarkan kepada hadith yang membolehkan seseorang bernikah bermaharkan al-Quran.

Selain itu, terdapat satu lagi istilah yang baik untuk kita fahamkan dalam bab mahar ini iaitu hantaran. Benar, terdapat aspek positif daripada hantaran ini seperti boleh mencerminkan sifat toleransi, hormat-menghormati, dan kesungguhan oleh dua keluarga yang bakal bersatu. Perhatikan dua sudut berikut: Pertama: Apabila pihak lelaki menghantar wang kepada bakal mentua untuk perbelanjaan perkahwinan (dikenali juga dengan istilah belanja hangus). Kedua: Hadiah-hadiah (pakaian, makanan, wang dan sebagainya) yang diberi oleh pengantin lelaki kepada pihak bakal isteri dan begitu juga sebaliknya.

Dalam konteks kedua-dua pihak bakal mempelai ini mampu untuk hadiah-menghadiahi, beri-memberi dan belanja-membelanja, maka tidak ada masalah (asal jangan membazir). Tapi bagaimana pula jika sebaliknya?
Budaya hantaran ini boleh bertukar menjadi negatif dan sangat buruk apabila ia diwajibkan dengan jumlah serta harga yang tinggi. Inilah yang wajar kita basmikan dalam amalan masyarakat tanah air. Agar setiap perjalanan perkahwinan itu benar-benar selaras dengan syariat. Lagipun, yang wajib dalam Islam ialah mahar, bukannya hantaran.

Satu lagi fenomena yang mungkin boleh kita perhatikan ialah nilai mahar dalam masyarakat kita yang selalunya rendah dan dalam masa yang sama nilai hantaran pula jumlahnya beribu-ribu. Mengapa terjadi demikian? Barangkali mereka beranggapan dengan mahar yang rendah itu sudah menjadi lesen untuk mereka diberkati. Manakala hantaran pula demi memenuhi kehendak keluarga, suasana dan budaya, maka mesti ditinggikan. Apa yang berlaku ini tidak tepat dengan kehendak Islam. Dan sekalipun benar Islam tidak menggalakkan mahar yang tinggi, namun lebih dari itu, Islam juga mementingkan agar urusan perkahwinan itu dipermudahkan. Mahar yang rendah dengan hantaran yang tinggi bukanlah jalan penyelesaian yang baik.

Begitulah beberapa noktah kekeliruan yang terdapat dalam pengamalan masa kini. Semoga dengan tulisan yang ringkas ini mampu membantu generasi hari ini dalam membina sebuah perkahwinan dan keluarga yang baik, diberkati dan bahagia. Pada akhirnya, pertemuan antara mutazawwijin pada petang tersebut menyimpulkan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk lebih berfungsi dalam masyarakat khasnya untuk menyebarkan kefahaman Islam tentang mahar dan kekeluargaan yang baik.


Dengan lafaz bismillah,
catatan ini kumulakan,
Syaaban akanku tinggalkan,
Pasti menjelma Ramadhan yang mulia,
Alhmdulillah buat-Mu tuhan aku panjatkan,
Selawat dan salam hanya digemakan untuk rasul terakhir.

Duhai sahabat duhai teman,
Yang sudah berteman mahupun yang bujang,
Ingat-ingatkanlah kunci kejayaan,
Jangan mengalah sebelum berjuang.

Dua tiga kitab boleh dibeli,

Mana nak sama al-Quran yang terang,
Bukalah kitab, carilah erti,
Mulakan menghafal dari sekarang.

Sudah menjadi adat tinggal bersama,
Dikongsi duit bayaran makan,
Mengaji mengingat biarlah bersama,
Jangan dilupa ahli bait dan kawan-kawan.


Duduk bersembang beralas bantal,

Nasihat menasihati amalan mulia,
Sibuk mengulang setelah menghafal,

Dapatkan juga doa restu ibu bapa keluarga.


Wahai ALLAH, Kasihanilah aku dengan meninggalkan maksiat untuk selama nya selagi Engkau Menetapkanku dan Kasihanilah aku untuk mengharuskan apa yang tidak bermanfaat dan berikanlah aku rezki baik nya harapan pada apa yang dapat MeredhakanMU. Wahai ALLAH yang Menghiasi langit dan bumi yang Maha Mulia dan Maha Luhur yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya DzatMU agar Menetapkan hatiku menghafal KitabMU sepertimana Engkau Memberiku `ilmu, berilah aku rezki membaca nya pada kadar yang dapat MembuatMU Redha kepadaku.

Wahai ALLAH yang Menciptakan langit dan bumi yang bersifat Keagungan dan Kemuliaan yang tidak dapat diapa-apakan, aku memohon kepadaMU wahai ALLAH yang Maha Pengasih dengan KeagunganMU dan Cahaya DzatMU, agar Engkau sinari mata hatiku dengan KitabMU, Engkau Tinggalkan dengan KitabMU lisanku, Engkau Hilangkan kesusahan dari hatiku dengan KitabMU, Engkau Lapangkan hatiku dengan KitabMU, Engkau Gunakan tubuhku dengan KitabMU, sesungguh nya tidak ada yang Menolongku atas kebenaran melainkanMU dan tidak ada yang Memberiku kebenaran kecuali Engkau dan tidak ada upaya untuk meninggalkan maksiat, tidak ada kekuatan untuk mengerjakan taat kecuali dengan Pertolongan ALLAH yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.


Akhirnya marilah kita bersatu hati dan bersepakat dalam menentukan gerak kerja dalam hidup ini....Syukran

| 0 comments ]


Innalillahi wainailaihi raaji'un. Salam takziah saya sampaikan kepada seluruh ahli keluarga us Asri Rabbani, yang baru saje meninggalkan kita semua pagi tadi. Pemergian beliau ke alam barzakh untuk selamanya sudah pasti dirasai oleh seluruh ummat Islam khususnya di bumi Malaysia.. Moga2 pemergian beliau ke alam nyata mendapat rahmat dan kebahagiaan di sisi Allah taala.

Us Asri Rabbani, 40 yang sakit akibat serangan jantung meninggal dunia ketika sedang memberi ucapan dalam sidang media program syahadah di Angkasapuri RTM kira- kira jam 10: 30 pagi tadi. Saya ucapkan takziah dan mengharapkan seluruh ahli keluarganya bersabar di atas ujiaan dari Allah ini. Kami seluruh ummat Islam mendoakan agar jenazah beliau ditempatkan seiring bersama- sama para syuhada' dan golongan yang diredhai Allah.. ameen

| 0 comments ]


Alhamdulillah, sekali lagi kita harus mengucapkan syukur kerana Allah telah melanjutkan usia kita dan kalau diberi kesempatan oleh Allah, kita sama-sama akan menyambut kedatangan syahru Ramadhan iaitu bulan Ramadhan Al-Mubarak yang dianugerah oleh Allah kepada ummat Muhammad s.a.w. Allah swt telah menetapkan bulan Ramadhan ini sebagai bulan Al-Quranul karim sebagaimana firman Allah taala yang bermaksud " bulan Ramadhan yang di turun oleh Allah taala Al-Quranul karim yang menjadi petunjuk kepada manusia yang membezakan dan menerangkan kepada manusia antara petunjuk dan juga hidayah dari Allah ". Bulan Ramadhan ini juga bagaimana Rasulullah bersama-sama dengan para sahabat, mereka menyambut kedatangan Ramadhan ini dengan cara yang di ajar oleh Allah taala.

Apabila tibanya bulan Ramadhan, Allah subhanahu wataala menjadikan bulan yang penuh keberkatan ini kelebihan-kelebihan yang berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang biasa. Sebab itu kita lihat beberapa peperangan yang berlaku dalam bulan Ramadhan ini menjadi rebutan dikalangan para sahabat, seperti peperangan Badar Al-Kubra yang berlaku pada 17 haribulan Ramadhan tahun yang ke-2 hijrah. Allah taala menggerakkan peristiwa Badar yang ganjil ini didalam bulan Ramadhan ketika ummat Islam berhadapan dengan ibadah puasa. Allah taala jadikan pertembungan yang ganjil yang terkandung didalamnya 1001 macam pengajaran kepada ummat Islam sehingga ke hari kiamat.
Didalam peristiwa Badar ini Allah taala menentukan hubungan yang unik diantara Rasulullah dengan Allah, diantara para sahabat dengan Allah taala. Apabila bala tentera yang bergerak, ummat Islam daripada Madinah menuju ke Badar. Golongan musyrikin dari Mekah Al-Mukarramah menuju ke Madinah Al-Munawwarah hingga sampai di Badar.

Akal manusia mengatakan Islam akan kalah, tidak mungkin Islam mencapai kemenangan. Di sudut jumlah bala tentera ,golongan musyrikin jauh lebih ramai daripada tentera Islam. 313 orang bertembung dengan jumlah 1000 orang yang lengkap dengan persenjataan. Para ulamak Islam mengatakan berkat bulan Ramadhan, permohonan daripada Nabi S.A.W dengan Allah taala di makbul oleh Allah, walaupun kita tahu doa daripada Rasulullah tidak ada hijab, tidak ada perantaraan diantara doa Rasulullah dengan Allah taala.
Apabila dua bala tentera ini bertembung, masing-masing melihat antara satu sama lain. Golongan musyrik nampak bala tentera Islam ini sedikit dan begitu juga bala tentera Islam melihat bala tentera musyrikin begitu ramai. Rasulullah walaupun Baginda nabi dan rasul tetapi Baginda manusia biasa, ada perasaan bimbang sekiranya Islam tewas didalam peperangan Badar ini nescaya agama Allah taala ini akan lenyap di atas muka bumi dan kita semua tidak akan jadi ummat Islam.

Rasulullah bermunajat kepada Allah, Rasulullah menyebut " wahai Allah sekiranya kamu binasakan bala tentera Badar pada hari ini ya Allah, nescaya tidak akan wujud manusia yang sujud kepadaMu di atas muka bumi ini ". Dengan hanya mengharapkan pertolongan daripada Allah, Rasulullah yang yakin dengan kemenangan ini daripada Allah bukannya daripada manusia.Jika sekiranya kamu menolong Allah, nescaya Allah akan menolong kamu.
Rasulullah turun ke Badar untuk menolong agama Allah walaupun pada peringkat awalnya Baginda ingin mengambil semula harta yang di rampas oleh masyarakat Quraisy hasil dari peninggalan ummat Islam di Makkah Al-Mukarramah. Tetapi penemuan ini berakhir dengan peperangan. Apabila Rasulullah menadah tangan memohon doa, Allah menerima doa daripada Rasulullah lalu di hantar para malaikat untuk memberi pertolongan kepada nabi Allah Muhammad Rasulullah S.A.W. Sebab itu bulan Ramadhan ini di panggil sebagai 'Syahru Nasr'(bulan kemenangan ummat Islam).

Dan pada tahun ini bagaimana kita lihat satu pengisytiharan yang di buat di Timur Tengah dikalangan pejuang-pejuang Islam, mereka mengisytiharkan bulan Ramadhan pada tahun ini sebagai '
Syahru Jihad' iaitu bulan jihad kepada ummat Islam untuk mengembalikan semula Daulah Islamiyah di atas muka bumi Allah. Pejuang-pejuang Islam yang memperjuangkan Islam secara bersungguh-sungguh, ramai dikalangan mereka yang gugur syahid. Mereka memperjuangkan agama Allah sehingga gugur syahid walaupun Allah belum lagi memberi kemenangan kepada ummat Islam. Tetapi tanda-tanda kemenangan ini sudah mula di lihat oleh ummat Islam seluruh dunia. Bagaimana masyarakat bukan Islam diseluruh dunia, mereka merasa bimbang dengan kebangkitan Islam. Mereka mula merasa takut, gerun, bagaimana ummat Islam apabila memperjuangkan agama mereka tidak takut kepada mati. Bahkan mereka bercita-cita untuk mati syahid. Mati di jalan Allah taala merupakan cita-cita yang paling tinggi kepada pejuang Islam.

Dan di antara peristiwa-peristiwa lain yang berlaku dalam bulan Ramadhan ialah:-

1) Rasulullah mengutuskan Saidina Ali ke Yaman untuk menyebarkan Islam pada tahun ke-10 hijrah.

2) Kewafatan Saidina Ali RA, pada tahun 40 hijrah.

3) Peperangan Al-Qudsiah menentang Farsi pada tahun 15 hijrah.

4) Pembukaan Andalus pada 28 Ramadhan tahun 92 hijrah.

5) Kemenangan tentera Islam yang dipimpin oleh Nuruddin Al-Zanki ke atas tentera salib pada tahun 599 hijrah.

6) Peperangan Ain Jalut yang dimenangi oleh tentera Islam pada tahun 658 hijrah / 3 September 1260 Masihi.

7) Kelahiran Alim 'allamah Badaruddin Abu Mahmud bin Ahmad Al-Aini, pengarang kitab Umdatul Qari Syarah Sahih Bukahri pada tahun 762 hijrah.


Oleh itu marilah sama-sama kita jadikan bulan Ramadhan pada tahun ini iaitulah bulan perubahan, bulan jihad kepada kita. Kita ubah kedudukan kita dari kurang baik kepada lebih baik, biar jadi lebih baik dan jadikan bulan Ramadhan ini sebagai '
Syahru Jihad' iaitu kita bersungguh-sungguh untuk balik ke jalan Allah taala dan bersungguh-sungguh untuk mengembalikan syariat Allah taala di atas muka bumi Allah taala ini insya-Allah...ameen.

Wallahu a'lam...syukran.

| 0 comments ]


HAYYU SADIS 6 Ogos -Satu lagi lipatan sejarah telah termaktub dalam jiwa anak-anak Terengganu Shoubra,berikutan kejayaan menganjurkan Perlawanan Futsal yang baru berakhir sebentar tadi,alhamdulillah.Apa yang penting bukanlah perlawanan tersebut yang menjadi ukuran,akan tetapi timbul satu episod 'duka' yang menghantui kami.

Tanggal 9 Ogos 2009, jam 11.30 pagi,dua orang sahabat kami iaitu Ust.kamal Ahmad bersama Ust Hafizuddin Sidek akan pulang ke tanah air meninggalkan kami.Kepulangan insan yang dianggap 'permata' dikalangan kami sedikit sebanyak memberi satu ingauan,suka duka dan berbagai lagi kenangan yang telah terjalin selama ini.Apa yang perlu kami hadapi sekarang adalah perjuangan meneruskan hidup mesti diteruskan.

Moga-moga kepulangan kalian nanti akan mampu merubah rentak kehidupan masyarakat Terengganu khususnya masyarakat sekitar.Doa kami sentiasa bersama-sama kalian.Hidup berbakti menyumbangkan tenaga dan buah pikiran untuk kesejahteraan Islam.Kalianlah penyelamat dan pembawa sinar dalam mengembangkan obor-obor kemenangan Islam.

Berjuta kemaafan kami hulurkan meminta ampun diatas segala kesalahan dan dosa yang berlaku selama ini.Ukhwah yang terjalin takkan berhenti setakat ini.I'alah pada suatu masa yang lain kita akan berjumpa lagi.Doakan kejayaan dan kebahagiaan kami di sini.Akhirnya marilah kita tekadkan agar Islam pasti berada di tempatnya satu hari nanti...ameen .Terima kasih atas segalanya.Syukran

| 0 comments ]


Suatu hal yang tidak kita sangsikan bahwa Islam demikian memuliakan wanita, dari semula makhluk yang tiada berharga di hadapan “peradaban manusia”, diinjak-injak kehormatan dan harga dirinya, kemudian diangkat oleh Islam ditempatkan pada tempat yang semestinya dijaga, dihargai, dan dimuliakan. Segala puji bagi Allah Subhanahu wa Ta’ala yang telah memberikan banyak kebaikan kepada hamba-hamba-Nya.
Keterangan ringkas yang akan dibawakan, sedikitnya akan memberikan gambaran bagaimana Islam menjaga hak-hak kaum wanita, sejak mereka dilahirkan ke muka bumi, dibesarkan di tengah keluarganya sampai dewasa beralih ke perwalian sang suami

1. Pada Masa Kanak-kanak
Di masa jahiliah tersebar di kalangan bangsa Arab khususnya, kebiasaan menguburkan anak perempuan hidup-hidup karena keengganan mereka memelihara anak perempuan. Lalu datanglah Islam mengharamkan perbuatan tersebut dan menuntun manusia untuk berbuat baik kepada anak perempuan serta menjaganya dengan baik. Ganjaran yang besar pun dijanjikan bagi yang mau melaksanakannya. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan anjuran dalam sabda-Nya:

“Siapa yang memelihara dua anak perempuan hingga keduanya mencapai usia baligh maka orang tersebut akan datang pada hari kiamat dalam keadaan aku dan dia1 seperti dua jari ini.” Beliau menggabungkan jari-jemarinya. (HR. Muslim dari Anas bin Malik radhiyallahu 'anhu)

‘Aisyah radhiyallahu 'anha berkisah: “Datang ke rumahku seorang wanita peminta-minta beserta dua putrinya. Namun aku tidak memiliki apa-apa yang dapat kusedekahkan kepada mereka kecuali hanya sebutir kurma. Wanita tersebut menerima kurma pemberianku lalu dibaginya untuk kedua putrinya, sementara ia sendiri tidak memakannya. Kemudian wanita itu berdiri dan keluar dari rumahku. Tak berapa lama masuklah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam, kuceritakan hal tersebut kepada beliau. Usai mendengar penuturanku beliau bersabda:

“Siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu ia berbuat baik kepada mereka maka mereka akan menjadi penghalang/penutup baginya dari api neraka.” (HR. ِAl-Bukhari dan Muslim)

“Apabila salah seorang dari mereka diberi kabar gembira dengan kelahiran anak perempuan, menjadi merah padamlah wajahnya dalam keadaan ia menahan amarah. Ia menyembunyikan dirinya dari orang banyak karena buruknya berita yang disampaikan kepadanya. (Ia berpikir) apakah ia akan memeliharanya dengan menanggung kehinaan ataukah akan menguburkannya hidup-hidup di dalam tanah? Ketahuilah alangkah buruknya apa yang mereka tetapkan itu.” (An-Nahl: 58-59)
Hadits-hadits yang telah disebutkan di atas menunjukkan keutamaan berbuat baik kepada anak perempuan, memberikan nafkah kepada mereka dan bersabar memelihara mereka. (Al-Minhaj Syarh Shahih Muslim, 16/395)
Islam mewajibkan kepada seorang ayah untuk menjaga anak perempuannya, memberi nafkah kepadanya sampai ia menikah dan memberikan kepadanya bagian dari harta warisan.

2. Dalam masalah pernikahan
Wanita diberi hak untuk menentukan pendamping hidupnya dan diperkenankan menolak calon suami yang diajukan orang tua atau kerabatnya bila tidak menyukainya. Beberapa hadits di bawah ini menjadi bukti:
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Tidak boleh seorang janda dinikahkan hingga ia diajak musyawarah (dimintai pendapatnya), dan tidak boleh seorang gadis dinikahkan hingga diminta izinnya.” Para sahabat berkata: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah izinnya seorang gadis?” “Izinnya adalah dengan ia diam”, jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu)
‘Aisyah radhiyallahu 'anha berkata:

“Wahai Rasulullah, sesungguhnya seorang gadis itu malu (untuk menjawab bila dimintai izinnya dalam masalah pernikahan).” Beliau menjelaskan, “Tanda ridhanya gadis itu (untuk dinikahkan) adalah diamnya.” (HR. Al-Bukhari )
Khansa` bintu Khidam Al-Anshariyyah radhiyallahu 'anha mengabarkan, ayahnya menikahkannya dengan seorang lelaki ketika ia menjanda. Namun ia menolak pernikahan tersebut. Ia adukan perkaranya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, hingga akhirnya beliau membatalkan pernikahannya. (HR. Al-Bukhari)

Islam memberikan hak seperti ini kepada wanita karena Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan wanita sebagai penenang bagi suaminya dan Allah Subhanahu wa Ta’ala menjadikan kehidupan suami istri ditegakkan di atas mawaddah wa rahmah. Maka bagaimana akan terwujud makna yang tinggi ini apabila seorang gadis diambil secara paksa sebagai istri sementara ia dalam keadaan tidak suka? Lalu bila demikian keadaannya, sampai kapan pernikahan itu akan bertahan dengan tenang dan tenteram?

Islam menetapkan kepada seorang lelaki yang ingin menikahi seorang wanita agar memberikan mahar pernikahan kepada si wanita. Dan mahar itu nantinya adalah hak si wanita, tidak boleh diambil sedikitpun kecuali dengan keridhaannya.

“Berikanlah mahar kepada para wanita (yang kalian nikahi) sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kalian dengan senang hati sebagian dari mahar tersebut, maka makanlah (ambillah) pemberian itu (sebagai makanan) yang sedap lagi baik akibatnya.” (An-Nisa`: 4)

3. Sebagai Seorang Ibu
Islam memuliakan wanita semasa kecilnya, ketika remajanya dan saat ia menjadi seorang ibu. Allah Subhanahu wa Ta’ala mewajibkan seorang anak untuk berbakti kepada kedua orang tuanya, ayah dan ibu. Allah Subhanahu wa Ta’ala titahkan hal ini dalam Tanzil-Nya setelah mewajibkan ibadah hanya kepada-Nya:

“Rabbmu telah menetapkan agar janganlah kalian beribadah kecuali hanya kepada-Nya dan hendaklah kalian berbuat baik terhadap kedua orangtua. Apabila salah seorang dari keduanya atau kedua-duanya menginjak usia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan ‘ah’ dan jangan membentak keduanya namun ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang, ucapkanlah doa, “Wahai Rabbku, kasihilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan mendidikku sewaktu kecil.” (Al-Isra`: 23-24)
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga berfirman:

“Dan Kami telah mewasiatkan manusia agar berbuat baik kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dengan susah payah dan melahirkannya dengan susah payah pula. Mengandung sampai menyapihnya adalah tigapuluh bulan…” (Al-Ahqaf: 15)
Ketika shahabat yang mulia, Abdullah bin Mas’ud radhiyallahu 'anhu bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Amal apakah yang paling dicintai oleh Allah?” Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab, “Shalat pada waktunya.” “Kemudian apa setelah itu?” tanya ‘Abdullah lagi. Kata beliau, “Kemudian birrul walidain (berbuat baik kepada kedua orang tua)….” (HR. Al-Bukhari dan Muslim )

Kata Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu -seorang shahabat Rasul yang sangat berbakti kepada ibundanya-, “Ada seseorang bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam:

“Wahai Rasulullah, siapakah di antara manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya?” Rasulullah menjawab, “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanyanya lagi. “Ibumu,” jawab beliau. Kembali orang itu bertanya, “Kemudian siapa?” “Ibumu.” “Kemudian siapa?” tanya orang itu lagi. “Kemudian ayahmu,” jawab Rasulullah. (HR. Al-Bukhari dan Muslim )

Hadits di atas menunjukkan pada kita bahwa hak ibu lebih tinggi daripada hak ayah dalam menerima perbuatan baik dari anaknya.

Islam mengharamkan seorang anak berbuat durhaka kepada ibunya sebagaimana ditegaskan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam dalam sabda beliau:

“Sesungguhnya Allah mengharamkan kalian berbuat durhaka kepada para ibu…” (HR. Al-Bukhari dan Muslim)

4. Sebagai Istri
Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan seorang suami agar bergaul dengan istrinya dengan cara yang baik.

“Dan bergaullah dengan mereka (para istri) dengan cara yang baik.” (An-Nisa`: 19)

Karena itu, sepantasnya seorang suami mempergauli istrinya dengan cara yang ma’ruf, menemani, dan menyertai (hari-hari bersamanya) dengan baik, menahan gangguan terhadapnya (tidak menyakitinya), mencurahkan kebaikan dan memperbagus hubungan dengannya. Termasuk dalam hal ini pemberian nafkah, pakaian, dan semisalnya. Dan tentunya pemenuhannya berbeda-beda sesuai dengan perbedaan keadaan.” (Taisir Al-Karimirir Rahman, hal. 172)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda kepada para suami:

“Janganlah kalian memukul hamba-hamba perempuan Allah.”
‘Umar ibnul Khaththab radhiyallahu 'anhu datang mengadu, “Wahai Rasulullah, para istri berbuat durhaka kepada suami-suami mereka.” Mendengar hal itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam memberi keringanan untuk memukul istri bila berbuat durhaka. Selang beberapa waktu datanglah para wanita dalam jumlah yang banyak menemui istri-istri Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam untuk mengadukan perbuatan suami mereka. Mendengar pengaduan tersebut, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Mereka itu bukanlah orang yang terbaik di antara kalian.” (HR. Abu Dawud dishahihkan Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu dalam Shahih Abi Dawud)
Beliau juga pernah bersabda:

“Mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya di antara mereka. Dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap istri-istrinya.” (HR. Ahmad , At-Tirmidzi. Dihasankan oleh Asy-Syaikh Muqbil rahimahullahu )

Banyak hak yang diberikan Islam kepada istri, seperti suami dituntut untuk bergaul dengan baik terhadap istrinya, ia berhak memperoleh nafkah, pengajaran, penjagaan dan perlindungan, yang ini semua tidak didapatkan oleh para istri di luar agama Islam.
Bila sudah demikian penjagaan Islam terhadap hak wanita dan pemuliaan Islam terhadap kaum wanita; lalu apa lagi yang ingin diteriakkan oleh kalangan feminis yang katanya memperjuangkan hak wanita, padahal sebenarnya ingin mencampakkan wanita kembali ke lembah kehinaan, terpuruk dan terinjak-injak?
Wallahul musta’an.