| 0 comments ]


Ya…menjawab sebuah sajak yang aku dengar di Radio IKIM ketika dulu….

Memang aku patut untuk tidak merasa sedih…sebab siapalah aku…siapalah engkau yang membaca….kalau nak bandingkan dengan dugaan junjungan Rasulullah…Raja segala raja di syurga….ketika menghadapi dugaan yang tersangat hebat di zaman hidupnya….nak dibandingkan dengan sahabat-sahabat nabi….juara-juara Islam….yang terpaksa menghadapi segala seksaan dan dugaan…..

siapalah aku nak dibandingkan dengan mereka….

...siapalah aku….

tak patut aku bersedih….dan mengeluh….

Ya Allah kuatkan hambaMu yang lemah ini…

...aku selemah-lemahnya…..

...meski dugaanku kecil sangat ya Allah nak dibandingkan mereka yang berjuang untukMu…..tak sampai pun sebesar zarah….lemahnya aku Ya Allah….

.... aku ini lemah Ya Allah!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

| 0 comments ]


Assalamualaikum w.bt.Bila bercakap mengenai ibnu Harakah ini atau ahli gerakan Islam ini,kita tidak akan dapat lari dalam menyebut sekali perkataan SIBUK.Ya,SIBUK.Setiap daripada kita yang terlibat dengan gerakan Islam pasti akan sentiasa kesibukan.Kesibukan dengan tugas-tugas dakwah yang tiada penghujungnya. Inilah hakikat akan dunia dakwah.Tugas dakwah tidak akan berakhir sahabat-sahabat,tapi,ganjarannya,sangatlah lumayan.Melebihi apa yang ada di dunia ini.Yaitu tempat yang kekal selamanya,tiada kefanaan,iaitu Jannah(syurga).

Tetapi malangnya sahabat sekalian,apabila kita diasak dengan kesibukan kerja-kerja dakwah yang kita katakan 'lillahitaala',sering kali kita lupa mengenai hubungan kita dengan 'bos' yang kita sungguh sibuk bekerja untuknya.Ya,pelik bukan.Kita bekerja dengan bersungguh-sungguh dan sanggup berkorban masa dan apa saja untuk kerja yang kita lakukan untuk 'bos' kita tu,tapi,pada masa yang sama kita melupakannya!..Pelikkan?Inilah realitinya...seringkali kita lupa mengenai hubungan kita dgn Khaliq kita,tetapi kita bekerja bersungguh-sungguh untuknya..Sering kali kita mengabaikan 'habluminallah' kita.

Apabila kita terlalu sibuk untuk kerja-kerja dakwah,maka ibadah khusus kita dgn Allah S.W.T pun makin kurang.Solat pun tidak lagi diawal waktu,Al-Quran hannya dibaca seminggu sekali,Qiamullai apatah lagi.Sebab itu seringkali kita melihat ibnu Harakah yang kecundang di jalan dakwah.Ada yang 'Futur'(lemah) malah ada yang menarik diri dari jalan dakwah.persoalannya,MENGAPA?

Jawapannya adalah kerana 'bateri' kita telah habis.Ya,bateri.Bateri yang dimaksudkan ialah kekuatan dalaman yang ada pada setiap pejuang Islam itu sendiri.apabila kita sudah tidak mempunyai kekuatan dalaman untuk membuat kerja-kerja dakwah untuk Islam lagi,maka secara automatiknya,semangat kita akan luntuk dan paradigma kita terhadap hidup dan perjuangan pun mula berubah.Daripada paradigma berpaksikan akhirat kepada paradigma berpaksikan dunia.Maka,apabila itu berlaku,kita tidak lagi memandang indah kerja-kerja dakwah yang kita lakukan ini.Maka dengan sendirinya,kita akan makin 'hilang' dari jalan dakwah itu sendiri.

Maka salah satu cara penyelesaiannya ialah dengan memperkasakan qiamullail tu sendiri.Qiamullail(Bangun malam) mampu menjana kekuatan dalaman seorang pejuang Islam.Qiamullail, yg mana Allah S.W.T telah mewajibkan kepada Rasulullah S.A.W dan para sahabat pada waktu awal perkembangan Islam untuk qiamullail beribadat pada Allah S.W.T selama 1 TAHUN.Ya 1 TAHUN untuk tiap-tiap malam untuk beribadah pada Allah S.W.T.Nampak memeritkan sahabat-sahabat,tetapi demi Islam dan keimanan mereka pada Allah S.W.T,mereka sanggup melakukanny dan hasilnya sangat hebat.Kesan dari Qiamullail yang istiqamah selama satu tahun itu,Rasulullah dan para sahabat dapat menahan segala mehnah,ujian dan cabaran dalam memperjuangkan Islam selama 23 tahun riwayat perjuangan Rasulullah S.A.W.Kekuatan dalaman dan keimanan mereka begitu tinggi hingga walaupun diseksa dengan pelbagai seksa yang menggerikan,diuji malah ada yang terkorban sepanjang ujian tersebut,mereka tetap teguh memperjuangkan Islam walau apapun onak dan duri yang melanda.Sungguh tinggi Iman dan Kekuatan dalaman mereka.

Jadi sahabat-sahabat sekalian,untuk meningkatkan keimanan dan menjana kekuatan dalaman kita sebagai ibnu harakah,hendaklah kita selalu menjaga hubungan kita dengan Allah S.W.T.Salah satu caranya ialah dengan qiamullail selalu.Semoga dengan ini,kita akan sentiasa istiqamah dalam memperjuangkan Islam demi cinta kita pada-Nya....wallahua'lam

| 0 comments ]

HULU TERENGGANU, 21 Dis: Bangunan Perhentian Bas Kuala Berang dekat sini runtuh kira-kira jam 4 petang tadi menjadikannya ianya yang ke empat seumpamanya di Terengganu selepas sekolah, stadium dan juga masjid runtuh sebelum ini.

Menurut saksi kejadian, bahagian depan bangunan belum siap sepenuhnya itu runtuh dipercayai selepas pekerjaan pembinaannya memijak bahagian depan bangunan ketika mahu memasang cermin di atas bangunan itu.

Sebelum ini, bumbung Sekolah Menengah Ajil, bumbung stadium Sultan Mizan dan bumbung masjid Kampung Puteh di Kemaman runtuh di negeri ini. Selain itu, kolam renang yang pernah digunakan untuk Sukan Malaysia (Sukma) di Batu Burok dilaporkan bocor.

sumber: harakahdaily.net

| 0 comments ]


Barangkali mereka yang ingin memahami perbezaan ‘Untuk’ dan ‘Tentang’ perlu kembali kepada penggunaan kalimah tersebut di dalam bahasa Arab. Saya bukanlah seorang yang mahir dalam penggunaan kalimah-kalimah Arab namun sekadar menggunakan kefahaman hasil pertuturan dan bacaan yang cetek dan terhad. Untuk dalam bahasa Arab ( ? ) dan tentang dalam bahasa Arab ( ?? ). Namun penulisan ini bukanlah berniat membahaskan isu bahasa, tetapi intipati yang ingin disampaikan berkaitan dengan tindakan…ya tindakan !!!

Ramai orang boleh BERFIKIR TENTANG ISLAM … bukan sahaja orang Mukmin , bahkan orang Munafiq .. bahkan orang bukan Islam ..semuanya boleh dan mampu berfikir tentang Islam. Namun BERFIKIR UNTUK ISLAM pastinya hanya akan datang dari jiwa yang benar-benar beriman kepada Allah.

Ringkasnya perbezaan umum antara BERFIKIR UNTUK ISLAM dan BERFIKIR TENTANG ISLAM adalah seperti berikut :-

1. Berfikir Untuk Islam hanya khusus untuk mereka yang beriman sedangkan Berfikir Tentang Islam boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja .

2. Berfikir Untuk Islam beserta dengan niat serta dengan rasa tanggungjawab manakala Berfikir Tentang Islam tidak semestinya dengan niat dan boleh disebabkan emosi , nafsu dan lain-lain.

3. Berfikir Untuk Islam ialah dengan mengerah minda , masa dan jiwa bagi berfikir untuk kemenangan , kegemilangan , kejayaan , keutuhan dan survival Islam sedangkan Berfikir Tentang Islam termasuklah berfikir tentang strategi mengalahakan Islam , melemahkan Islam , meremehkan Islam dan seumpamanya .

Kesimpulannya, saya bukan ingin membincangkan penggunaan UNTUK dan TENTANG .. namun saya ingin bertanya … di golongan manakah saya ??? Di golongan manakah kita semua ???

| 0 comments ]


Shibin El-Kom 13 Disember - Pasukan bola sepak Shoubra telah mempamerkan aksi cemerlang dalam perlawanan persahabatan antara DPM Shoubra vs DPM Shibin. Perlawanan yang berlangsung di Istad Jami'ah, dekat sini. Pasukan yang diberi jolokan Singa Al-Quran itu berjaya membelasah pasukan Shibin 7-3.

Bersempena dengan perlawanan tersebut juga, ianya bukan hanya bertujuan mainan semata-mata tetapi yang paling utama ialah mengeratkan ukhwah dikalangan penuntut Malaysia yang belajar dibumi Anbiya' ini. Alhamdulillah kedua-dua pasukan mempamerkan komitmen yang cukup tinggi bagi menjayakan perlawanan tersebut.

Tahniah juga duberikan kepada seluruh warga DPM Shibin yang banyak membantu perjalanan aktiviti ini. Moga-moga usaha dan khidmat yang diberikan mendapat ganjaran yang setimpal disisi Illahi. Kami warga DPM mengucapkan tahniah kepada pasukan Shoubra yang telah mengharumkan nama DPM. Semoga kejayaan ini akan berterusan dan tidak terhenti di pertengahan jalan. Teruskan perjuangan kalian, kami sentiasa memberi sokongan padu.

| 0 comments ]


17 Disember 2009
Khamis
4.30 petang
_______________________________

4.30 p.m - Bacaan doa akhir tahun & awal tahun
- Solat maghrib & Isya’ berjemaah
- Bacaan Yasin

7.30 p.m - Selawat Qasidah (Qari jemputan khas)
- Ceramah Perdana Maal Hijrah Oleh : Ust. Hanif b. Harun
- Jamuan makan disediakan

Anjuran : Unit Dakwah dan Pembangunan Insan DPM [MAQAZ] Shoubra

| 0 comments ]

Yang Berhormat Tuan Guru Haji Abdul Hadi bin Haji Awang adalah anak jati Kampung Rusila, Marang,Terengganu. Dilahirkan bulan Zulhijjah 1366 bersamaan 20 Oktober 1947 merupakan seorang pemimpin yang sentiasa mendekati rakyat terutamanya kaum petani dan para nelayan. Berbekalkan ilmu agama yang telah disemai dalam jiwanya sejak kecil lagi, beliau telah menjadi insan yang dihormati dan disegani terutama di persada politik tanah air mahupun antarabangsa.

LATAR BELAKANG KELUARGA

Tuan Guru Hj.Abdul Hadi Hj. Awang merupakan anak ke-5 daripada 9 orang beradik tetapi 4 daripadanya telah meninggal dunia. Ayahandanya, Hj. Awang Mohamad bin Abd Rahman manakala bonda beliau Hajjah Aminah Yusuf. Kedua-duanya telah meninggal dunia.

Ayah dan bonda beliau merupakan anak jati di kampung Rusila tempat Tuan Guru Hj. Abdul Hadi tinggal sekarang. Ayahanda beliau merupakan Tok Guru di Kampung Rusila begitu juga dengan bondanya menjadi tempat rujukan dan tumpuan masyarakat terutama dalam hal-hal berkaitan agama.

Tuan Guru Hi.Abdul Hadi telah mendirikan rumahtangga dengan Zainab Awang Ngah pada tahun 1976. Manakala perkahwinan beliau yang kedua pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat berasal Negeri Sembilan. Hasil perkahwinan beliau dengan kedua-dua isterinya telah dikurniakan 14 orang zuriat iaitu 11 dari isteri pertama dan 3 dari isteri kedua.

PENDIDIKAN

YB Tuan Guru Hj. Abd Hadi mendapat pendidikan awal dari ayahandanya tahun 1955, seterusnya di Sekolah Rendah Rusila, tahun 1961. Beliau meneruskan pengajian di Sekolah Arab, Marang selama 5 tahun.

Dari tahun 1965 hingga 1968 beliau mendapat peluang melanjutkan pengajian di Sekolah Menengah Ugama Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu. YB. Tuan Guru Hj. Abd Hadi meneruskan pengajian di Universiti Islam Madinah dii peringkat Ijazah Pertama dengan tajaan biasiswa oleh kerajaan Arab Saudi. Kemudian melanjutkan pengajian pada tahun 1974 hingga 1976 untuk peringkat Sarjana Siasah Syariah (MA) dari Universiti Al-Azhar, Mesir.

YB. Tuan Guru Hj. Abdul Hadi pernah memegang jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dari tahun 1977 hingga 1978. Pada tahun yang sama juga beliau diamanahkan sebagai Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu.

PENGLIBATAN DALAM POLITIK TEMPATAN

Tuan Guru Hj. Abdul Hadi melibatkan diri dalam arena politik sejak 1964 sewaktu masih menuntut lagi. Beliau pernah menjadi Setiausaha PAS, Cawangan Kg. Rusila sehingga tahun 1969. Selepas balik dari luar negara tahun 1976, beliau telah memegang jawatan Ketua Pemuda PAS Terengganu, kemudian pada 1977 menjadi Ahli Jawatankuasa PAS Pusat. Tahun 1983 dilantik menjadi Naib Presiden PAS. Apabila Dato' Hj. Fadzil Mohd Noor dilantik menjadi Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi dipilih menjadi Timbalan Presiden PAS.

Berikutan Ustaz Fadzil kembali ke rahmatullah, beliau dilantik memangku jawatan Presiden PAS pada tahun 2003. Beliau menjadi Presiden PAS hingga sekarang selepas disahkan di dalam muktamar pada tahun 2005.

Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang mula bertanding pada pilihanraya 1978, di Dun Marang tetapi beliau kalah dengan kekurangan 64 undi sahaja kepada calon Barisan Nasional, Tengku Zahid. Bagaimanapun pada pilihan raya 1982 beliau dapat mengalahkan Tengku Zahid dengan majoriti 320 undi. Pada tahun 1986, beliau menang sekali lagi di DUN Rhu Rendang (nama baru DUN Marang selepas persempadanan semula) tetapi kalah di Parlimen Marang dengan majoriti yang tipis. Beliau kemudiannya berjaya memenangi Parlimen Marang pada pilihan raya 1990, 1995 dan 1999 disamping mengekalkan DUN Rhu Rendang hingga sekarang.

Selepas kemenangan PAS di Terengganu pada November, 1999, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dilantik menjadi Menteri Besar Terengganu sehingga Mac,2004 disamping menjadi Ahli Parlimen sebelum dipertanggungjawabkan sebagai Ketua Pembangkang dari tahun 2003 hingga 2004.

PENGLIBATAN DI PERINGKAT ANTARABANGSA

Pada tahun 1994, YB. Tuanguru Hj. Abdul Hadi dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa Penyelaras Gerakan Islam yang berpusat di Istanbul , Turki. Menjadi AJK penyelaras gabungan parti-parti politik yang menangani isu Pa1estin berpusat di Amman , Jordan . Tahun 1990, menjadi, Majmak Takrik Mazhab Islami yang berpusat di Tehran , Iran . Beliau juga menyertai rombongan parti-parti Islam ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin oleh Dr. Najmuddin Erbakan, bekas Perdana Menteri Turki pada tahun 1990 dalam usaha untuk menyelesaikan krisis Telok. Rombongan ini berbincang dengan Setiausaha Agung PBB ketika itu, Butros-Butros Ghali.

KEGIATAN LUAR

Walaupun Tuan Guru Hj. Abdul Hadi merupakan seorang ADUN, tetapi beliau tetap memberikan khidmatnya kepada penduduk Kampung Rusila khususnya memberi kuliah, ceramah seterusnya menjadi pakar rujuk dalam bab-bab agama.

Tanggungjawab Tuan Guru Hj. Abdul Hadi untuk memberi ilmu dan nasihat kepada rakyatnya, tidak pernah diabaikan walaupun beliau sibuk dengan tugas rasminya di DUN dan Parlimen. Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad merupakan masa beliau menyampaikan ilmu kepada rakyat.

Hobinya suka memancing, menjala dan menaiki bot tidak pernah dilupakan. Beliau juga gemar ke laut untuk menikmati keindahan alam. Kebijaksanaan Tuan Guru Hj.Abdul Hadi membahagikan masa antara tugas sebagai wakil rakyat, pendakwah, ayah dan suami menyebabkan beliau amat disenangi oleh seluruh rakyat khususnya pengundi di Marang.

Semuanya ini menjadi hobi Tuanguru sebelum menjadi wakil rakyat lagi. Gelaran Yang Berhormat tidak sedikitpun menjejaskan imejnya untuk turun ke sungai memancing dan menjala ikan, serta memelihara kuda yang disayangi.

Pendek kata kewibawaan, keilmuan, kesufian, serta sifat tawadhuknya meletakkan Tuan Guru Hj Abdul Hadi amat disenangi rakyat dan merupakan seorang pemimpin yang wajar dicontohi dan memang ditunggu-tunggu untuk membawa perubahan kepada negara ini.

| 1 comments ]



Ini isu yang mengikut kepada ‘uruf ( terikat dengan faktor masa dan tempat ). Sekali lagi ditegaskan ini adalah isu yang mengikut ‘uruf !!!

Ini juga adalah isu yang melihat kepada maqasid ( maslahah yang ingin dicapai ) bukan melihat kepada istilah yang digunakan ! Ditegaskan sekali lagi..ini adalah isu yang melihat kepada maqasid dan bukan melihat kepada istilah yang digunakan !!!

Ini juga adalah isu yang membincangkan salah satu kaedah atau teori praktikal untuk menyekat kepada Ikhtilat . Sekali lagi ditegaskan, ini adalah isu yang mebincangkan salah satu kaedah atau teori praktikal untuk menyekat kepada ikhtilat !!!

Kepada yang tidak bersetuju ..tidak salah jika anda menentang teori dan idea ini namun jangan menentang matlamat dan rasional di sebaliknya ..kerana anda menentang tuntutan syar’ie. Sila baca dengan berhati-hati dan kritik dengan berhati-hati …

Panggilan Ustaz dan Ustazah wajar dibudayakan kembali di kalangan mahasiswa dan mahasiswi dalam komunikasi seharian mereka kerana :-

1. Ini adalah panggilan dan istilah mulia…tanda hormat dan sekaligus menjadi doa dan harapan

2. Panggilan yang meletakkan seseorang pada tempat yang sesuai dengan bidang yang dipelajari ( iaitu ilmu-ilmu Islam termasuklah pertanian , kejuruteraan, bahasa Arab , kedoktoran dan lain-lain )

3. Panggilan yang mempunyai ‘haibah’ atau gah yang mampu mengelakkan percampuran dengan kata-kata atau unsur-unsur negatif. Agak sukar dan luar biasa jika anda memanggil seseorang Muslimah dengan ustazah, dan kemudian anda berbual perkara-perkara yang merepek dengan Muslimah tersebut. Panggilan ‘ustazah’ tersebut secara tidak langsung menjadi hijab bagi kalam anda kepadanya.

4. Dari anda memanggilnya dengan istilah yang kurang enak, maka sudah tentu istilah ini lebih baik.

5. Memanggil dengan panggilan abang, adik , kak boleh membuka kepada pintu fitnah yang besar dalam suasana masyarakat pelajar. Jangan pertikaikan dahulu kata-kata ini namun sebaliknya lihat sekeliling anda terlebih dahulu. Panggilan-panggilan ini akan menjadi ‘mubarrirat’ / excuses / alasan-alasan yang mengHALALkan segala salah laku dan ikhtilat pada akhirnya ( bagi mereka yang melakukannya ).

Kesimpulannya , jika anda tidak ingin membudayakan ‘Ustaz’ dan ‘Ustazah’ dalam komunikasi seharian anda, terpulang. Namun, maksud sebenar di sebalik istilah tersebut adalah untuk menjaga dari berlaku ikhtilat. Maka jika ingin menggunakan kalimah ‘adik’ , ‘abang’ , ‘kakak’….gunalah . Tiada yang melarang anda di sini !!! Namun, jika panggilan tersebut mebuka jalan ke arah penderhakaan Zat Yang Maha Agung ..maka bersedialah anda di Akhirat kelak !!!

| 0 comments ]


Pusat bandar Kota Bharu penuh sesak dengan kebanjiran lautan manusia menghadiri perhimpunan menyokong kepimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Apa yang jelas ia ratusan kali ganda lebih ramai berbanding demontrasi mendesak Menteri Besar Kelantan meletak jawatan di hadapan Kota Darulnamim Selasa lalu, kata Ketua Penerangan PAS, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Biarpun cuaca redup dengan hujan sekali sekala lebat, ia tidak menghalang puluhan ribu rakyat Kelantan hadir menyatakan kasih dan sayang mereka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Ada yang datang dari Besut, Gua Musang, Jeli, Kuala Krai dan negeri-negeri lain bagi meramaikan lagi perhimpunan tersebut.

Pelbagai sepanduk dapat dilihat, ada yang bertulis ‘Kita Sayang Tok Guru Kita’, ‘Kami Menyokong Kepimpinan Tok Guru Nik Aziz’, ‘Royalti bui-builah (bagi-bagilah)’ dan ramai yang memakai lilit kepala bertulis ‘We Love Tok Guru’.

| 0 comments ]

Sungguh perjuangan itu pahit..Tugas menyebarkan kebenaran mungkin mudah disebut dan diulang2 tetapi untuk melaksanakannya perlukan jiddiyah(kesungguhan) dan mujahadah yang tinggi.

Setiap kali terasa sukar dalam perjuangan ini,kupujuk diri bahawa inilah yang telah Rasul dan sahabat2 jiilul awwal telah lalui.Juga para pendukung ISLAM yang hebat,mereka juga tidak melalui jalan ini dengan mudah..Kalau ingin hidup tenang di akhirat,mahu atau tidak perlu menempuh jalan sukar di dunia.

Berjuang menempah susah,
Menanggung derita menongkah fitnah,
Itulah gelombang hidup samudera duka,
Seorang mujahid memburu syahid.

Dibuang dia berkelana,
Dibelenggu dia uzlah,
Dibunuh syahid,
Namun jiwa tetap mara menuju cita,
Membara demi Allah dan Rasulnya.

Berjuang tak pernah senang,
Ombak derita tiada henti,
Tenag tegang silih berganti,
Inilah sunnah orang berjuang,
Malamnya bagai rahib merintih sayu,
Dihiris dosa airmata,
Siangnya bagaikan singa dirimba,
Memerah keringat mencurah tenga.

Berjuang memang pahit,
Kerana syurga itu manis,
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar,
Bukan sedikit pedih yang ditagih.

Berjuang ertinya terkorban,
Rela terhina kerna kebenaran,
Antara dua pasti terjadi,
Tunggulah syahid atau menang...

| 0 comments ]

GEMBIRA: (Dari kiri) Alias Mohd Nor Taib, 70, Ismail Saleh, 73, dan Harun Mohamad, 65, gembira menerima sumbangan wang sebanyak RM300 setiap orang pada majlis penyerahan bantuan banjir di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang,Terengganu.

Sumbangan tersebut menyamai dengan jumlah wang ihsan yang diperuntukkan kepada rakyat Terengganu. Hak yang dicerobohi oleh Umno dan Barisan Nasional sejak sekian lama..

p/s: Kembalikan hak kami sebagai rakyat Terengganu..